Warga asing dibunuh rakan akibat menghina

Warga asing dibunuh rakan akibat menghina

Warga asing dibunuh rakan akibat menghina

SUNGAI BULOH: Polis berjaya menyelesaikan satu kes pembunuhan seorang warga Myanmar yang juga pekerja sebuah kilang di Jalan Industri 6, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, pada 3 April lalu dalam tempoh 48 jam selepas menahan enam rakan senegara mangsa.

Semua suspek lelaki berusia antara 28 hingga 62 tahun itu ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Kampung Baru Sungai Buloh, Seksyen 28 Shah Alam dan Bandar Damai Perdana, Cheras, Kuala Lumpur antara 3 dan 4 April lalu.

Berikutan tangkapan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau berukuran 26 sentimeter (sm) serta satu pemutar skru berukuran 27 sm yang digunakan dalam pembunuhan itu.





“Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek keempat dan kelima yang ditahan mengaku membunuh mangsa menggunakan pisau dan pemutar skru berkenaan.

“Mangsa dibunuh kerana suspek tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat ketika mereka minum minuman keras bersama pada hari kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di sini, hari ini.

Katanya, semakan mendapati semua suspek tiada rekod jenayah dan mereka kini direman hingga 17 April ini untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Warga asing dibunuh rakan akibat menghina


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker