12 cedera dalam tembakan di pusat beli-belah di AS

12 cedera dalam tembakan di pusat beli-belah di AS
Anggota pasukan keselamatan mengawal di kawasan luar pusat beli-belah Columbiana selepas kejadian tembakan yang menyebabkan 12 orang cedera. – Foto AFP

12 cedera dalam tembakan di pusat beli-belah di AS

SOUTH CAROLINA: Seramai 12 orang cedera dengan 10 daripadanya terkena tembakan dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Columbia, Carolina Selatan.

Pihak polis juga sudah menahan tiga individu yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Ketua Polis Columbia, William Holbrook, berkata kejadian tembakan di pusat beli-belah Columbiana itu dipercayai bukan tindakan keganasan rambang, sebaliknya berpunca daripada konflik dalam kalangan sekumpulan individu bersenjata yang mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, katanya, butiran mengenai kejadian tembakan itu masih tidak jelas.





Media tempatan melaporkan, terdapat ramai anggota polis di pusat beli-belah yang terletak kira-kira 10 batu di utara pusat bandar Columbia itu.

Tiada yang terkorban dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan, bagaimanapun 10 individu terkena tembakan dan lapan daripada mereka di hantar ke hospital berhampiran.

Daripada jumlah itu, dua dilaporkan dalam keadaan kritikal, manakala enam lagi stabil, kata Holbrook pada taklimat berita beberapa jam kemudian.

“Mangsa tembakan berusia antara 15 hingga 73 tahun. Dua lagi cedera dalam rempuhan orang ramai yang berlari untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Sekurang-kurangnya tiga orang didapati membawa senjata api di dalam pusat beli-belah itu dengan semua mereka kini ditahan pihak berkuasa. – REUTERS





12 cedera dalam tembakan di pusat beli-belah di AS


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker