Arwah tidak mahu beli baju raya tahun ini – Isteri

Arwah tidak mahu beli baju raya tahun ini - Isteri
Rohaya Jusoh bersama Allahyarham Zugani Yasin serta tiga daripada lima anak mereka. – Foto ihsan keluarga

Arwah tidak mahu beli baju raya tahun ini – Isteri

SETIU: “Arwah tidak mahu beli baju raya tahun ini kerana bercadang memakai semula baju Melayu sedia ada untuk menyambut Aidilfitri nanti,” kata Rohaya Jusoh, 51.

Rohaya berkata, suaminya, Allahyarham Zugani Yasin, 51, yang ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus ketika memukat ikan tengah malam kelmarin membuat keputusan itu kerana sudah memiliki hampir semua warna baju Melayu.

Katanya, persiapan raya untuk anak-anak juga sederhana kerana anak-anak lelaki juga hanya bergilir memakai baju Melayu lama.

“Sebelum kejadian, arwah memaklumkan mahu keluar memukat ikan bersama rakannya kerana itu memang hobinya sejak dari dulu.





“Jika diikutkan beberapa hari sebelum puasa dia sudah keluar memukat ikan bersama beberapa rakan dan mendapat hasil tangkapan yang banyak.

“Hasil laut segar itu kemudiannya diagih-agihkan kepada kenalannya,” katanya.

Dia berkata, Zugani juga pernah meluahkan hasrat mahu meletak jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh dan sekadar mahu menjadi guru biasa.

“Dia mahu fokus kepada kelas tuisyen Matematik Tambahan yang dikendalikannya kerana terlalu meminati subjek itu,” katanya.

Rohaya berkata, rakan setugas arwah di SK Kampung Buluh memberitahu arwah pernah bergurau mahu berkahwin dengan bidadari.





“Mungkin ini (meninggal di bulan Ramadan) yang dimaksudkan arwah, kami reda pemergiannya di bulan mulia.

“Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bahagia petang ini,” katanya.

Mayat Zugani ditemukan jam 12.22 tengah malam tadi kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Arwah tidak mahu beli baju raya tahun ini – Isteri


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker