COVID-19: 9,705 kes baharu

COVID-19: 9,705 kes baharu
Foto hiasan

COVID-19: 9,705 kes baharu

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 9,705 lagi kes positif baharu COVID-19 setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 4,382,402 kes jangkitan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes jangkitan baharu itu, kategori satu mencatatkan peratusan 47.95 manakala kes dua mencatatkan 51.55 peratus.

“Kategori tiga, empat dan lima kekal di bawah satu peratus. Bagaimanapun, daripada jumlah jangkitan baharu dicatatkan itu, sebanyak 9,675 kes membabitkan penularan tempatan manakala 30 kes adalah kes import.

“Sementara itu kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula sebanyak 134 kes dan kes memerlukan bantuan pernafasan adalah sebanyak 81 kes.





“Bagaimanapun, semalam saja sebanyak 14,346 kes sembuh dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif yang berjaya sembuh ialah 4,238,471 atau 96.7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

COVID-19: 9,705 kes baharu


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker