ELLY MAZLEIN BERSYUKUR DIKURNIAKAN SUAMI YANG SANGAT BAIK

"TAK PERNAH MERASA BERJALAN DENGAN SUAMI & ANAK SEBELUM INI" 

ELLY MAZLEIN BERSYUKUR DIKURNIAKAN SUAMI YANG SANGAT BAIK

“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah merasa rasa apa yang suami buat sekarang sama ada untuk saya, anak dan bapa saya. Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah merasa berjalan dengan suami dan anak. Saya tak pernah rasa semua itu sebelum ini.

“Tapi Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang tersebut semula. Saya tak minta apa-apa dengan suami. Cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa serta setia,” itulah kata penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein yang menganggap dirinya wanita bertuah apabila kehadiran suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh memberi peluang untuknya mengecap kebahagiaan semula.

Elly turut meluahkan rasa syukur dengan nikmat Allah apabila menggantikan suami yang sangat terbaik untuk dirinya dan sebagai ketua keluarga kecil mereka. Tidak banyak yang diminta, Elly berharap suaminya bahagia dengannya.





Penyanyi lagu ‘Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan’ itu menitiskan air mata tatkala menyentuh hal keluarga ketika diundang menjadi tetamu jemputan untuk rancangan bual bicara Keringat Selebriti di Awesome TV.

Azlan yang juga seorang cikgu bergelar suami Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom pada Januari 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Haider Mateen yang kini berusia empat bulan.

Sebelum ini Elly, 41, pernah berdepan kehancuran rumahtangga dengan pengarah Azmi Hatta pada tahun 2015 iaitu tidak sampai setahun berkahwin hingga meraih perhatian ramai.





Mereka bercerai ketika dia sedang hamil anak pertama, Putri Sara Sefhia yang pada waktu itu baru empat bulan dalam kandungan. Kini Sefhia sudah mencecah usia enam tahun.

Pada masa sama, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu juga melihat segala yang berlaku dengan berlapang dada malah semakin reda dengan ketentuan takdir.

“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami. Tapi kalau kita sudah cuba, tapi bukan rezeki dengan suami bermakna itu memang bukan jodoh kita. Saya sudah buat yang terbaik, jadi mungkin bukan rezeki serta jodoh saya,” luahnya lagi dengan tenang.

ELLY MAZLEIN BERSYUKUR DIKURNIAKAN SUAMI YANG SANGAT BAIK


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker