ENOT DAH TERBIASA & LALI DILABEL LESBIAN

"MACAM LELAKI, SEDIKIT KASAR... PANGGIL 'SAYANG' SESAMA KAWAN WANITA TU NORMAL"

ENOT DAH TERBIASA & LALI DILABEL LESBIAN

Jujurnya, memang ramai yang sangkakan saya seorang lesbian. Begitupun, ada juga yang tak tahu saya dulu belajar di Sekolah Menengah Convent Seremban. Memang ada rakan sekolah termasuk saya ramai yang perwatakan macam lelaki, sedikit kasar.

“Selain itu, saya juga aktif bersukan. Antara sukan yang saya ceburi adalah softball. Rakan-rakan juga memanggil saya dengan gelaran ‘Abang Ali’ ketika di sekolah.

“Dan bagi saya, setakat panggil ‘sayang’ sesama kawan wanita tu nornal,” tutur pelakon Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah yang mengakui dia sudah terbiasa dan lali apabila ada melabelkan dirinya sebagai lesbian.





Kongsi Enot, mungkin disebabkan perwatakannya yang ‘kasar’ dan berkawan dengan rakan-rakan wanita menyebabkan dia dituduh menyukai kaum sejenis. Berkencan dengan statusnya sebagai ibu tunggal, Enot berkata, dia tidak pernah berfikir untuk mendirikan rumah tangga selepas dua kali gagal dalam pernikahan.

Sungguhpun sudah lebih sedekad bergelar ibu tunggal, dia yang dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Andriana Balqis dan Ariana Qaseh Qistina hasil perkahwinan yang pertama dahulu itu mengakui, sales hidup seperti itu bersama anak-anak dan juga cucu.

“Jujurnya, masa sebelum masuk usia 40 tahun, adalah rasa nak kembali bersuami. Tapi lepas dah ada cukup, rasa itu terus hilang. Dah takda rasa nak berumah tangga sampailah ramai cop saya lesbian.

“Tambahan pula, anak-anak pun seperti keberatan membenarkan saya kembali mencari pasangan hidup. Anak-anak selalu minta saya fikir baik-baik kalau saya beritahu nak kahwin semula,” katanya sambil tertawa.





ENOT DAH TERBIASA & LALI DILABEL LESBIAN


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker