Guardiola pertahan pemilihan skuad

Guardiola pertahan pemilihan skuad
Penyerang Liverpool Sadio Mane (tengah) memanfaatkan kesilapan penjaga gol Manchester City Zack Steffen untuk gol kedua pasukannya dalam aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Wembley. – Foto AFP

Guardiola pertahan pemilihan skuad

LONDON: Pengendali Manchester City Pep Guardiola mempertahankan pemilihan pemain untuk aksi separuh akhir Piala FA menentang Liverpool di Wembley.

City tewas 3-2 pada perlawanan itu tetapi Guardiola enggan menyalahkan mana-mana pemain terutama penjaga gol simpanan Zack Steffen yang melakukan kesilapan sehingga membolehkan Sadio Mane menjaringkan gol kedua Liverpool.

Guardiola melakukan tujuh pertukaran ke atas skuad yang seri 0-0 dengan Atletico Madrid pada Rabu, termasuk merehatkan Ederson dan digantikan dengan Steffen.

“Ia satu kesilapan tetapi kami perlu mencubanya kerana itu cara kami bermain bola sepak. Saya bercakap kepada pasukan secara umum tetapi ia satu kesilapan, dan ia berlaku.





“Edi hampir melakukan kesilapan pada perlawanan sebelum ini. Ia perkara biasa. Kita memerlukannya untuk membentuk permainan kami.

“Namun sudah tentu sesuatu perlu dilakukan jika ia berlaku terlalu kerap, tetapi kami menggunakan penjaga gol untuk menggerakkan lawan ke dalam situasi berbeza.

“Saya pasti Zack tidak mahu melakukan kesilapan itu. Ada ketika sepakan penyerang tersasar di hadapan penjaga gol, kadang-kadang penjaga gol yang silap percaturan, ” kata Guardiola. – AGENSI

Guardiola pertahan pemilihan skuad


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker