HALIM OTHMAN BANGGA DENGAN ANAK TUNGGALNYA

TERLIBAT BIDANG SENI, "DIA MELAKUKANNYA 100 PERATUS SENDIRI"

HALIM OTHMAN BANGGA DENGAN ANAK TUNGGALNYA

“Ini adalah masanya yang tepat. Sebelum ini saya tak mahu dia terikut sekali jadi selebriti. Saya mahu dia beri tumpuan sepenuhnya pada pelajaran. Jadi, tak mengapalah untuk dia bercakap tentang kami sekarang.

“Lagipun, selama ini saya cukup berpegang dengan prinsip diri, seboleh-bolehnya saya tidak gemar kisah peribadi diceritakan kepada umum. Terutamanya, apabila ia juga membabitkan ‘privacy’ orang lain. Myra pula membesar dalam jagaan ibunya.

“Jadi, saya harus hormati ‘privacy’ ibu kepada anak saya juga,” demikian ujar pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman, 56, yanf akui dia sebelum ini lebih senang sekiranya anak tunggal, Myra Natasya, 27, beri tumpuan terhadap pelajaran terlebih dulu.





Halim berkata, sekarang anak perempuan kesayangannya itu kini sudah matang dan pada masa sama semakin rancak membina nama sebagai seorang selebriti di atas usahanya sendiri.

Untuk makluman, Yusmyra Natasya atau Myra sebelum ini pernah menjadi pengacara Didik TV dan akan muncul dengan drama Republik Gombak di TV3. Dia juga pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja 2019.

Sementara itu, bekas hos Roda Impian itu juga merasakan, adalah lebih baik untuk tidak mendedahkan figura anaknya itu kepada dunia seni ketika usia muda kerana mahu Myra fokus kepada pelajaran tanpa sebarang gangguan.





“Apapun, saya sangat bangga dengannya. Dia melakukannya 100 peratus sendiri! Saya cuma ada berikan tip juga pada dia mengenai uji bakat dan pengacaraan. Bagaimanapun, perkara utama saya ingatkan dia jaga kesihatan.

“Mungkin dalam beberapa tahun ini banyak tawaran yang datang untuk dia majukan diri. Tapi, saya ingatkan dia kena tahu yang ada masa kerja keras, ada masa ‘slow down’ termasuk belajar agar dia benar-benar boleh menikmati apa yang dilakukannya.

“Harapan saya kepada Myra, semoga dia nikmati perjalanan ini dengan merendah diri, sentiasa ingin belajar dan meningkatkan kualiti persembahan, serta tidak lupa membaca sekurang-kurangnya satu buku setiap minggu dan kurangkan gosip,” katanya.

HALIM OTHMAN BANGGA DENGAN ANAK TUNGGALNYA


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker