MYRA NATASYA : DEDAH ANAK KEPADA HALIM OTHMAN

RAMAI HAIRAN GUNA BINTI 'ABDULLAH' - INI JELAS 

MYRA NATASYA : DEDAH ANAK KEPADA HALIM OTHMAN

Pelakon dan pengacara Myra Natasya baru-baru ini telah membuat pendedahan bahawa dia merupakan anak tunggal kepada bekas penyampai radio dan pengacara, Halim Othman, dan ia sekaligus mengejutkan ramai pihak.

Perkara tersebut turut mengundang pelbagai spekulasi berkaitan hal rumahtangga Halim Othman dan lebih menjadi tanda tanya apabila biodata Myra, 27, yang sebelum ini menyertai pertandingan Dewi Remaja 2019/2020 tertulis nama sebenar Yusmyra Natasya Abdullah tersebar dan menjadi bualan netizen.

Menjelaskan mengenai kekeliruan itu, Myra berkata ibunya Yusnita Omar berkahwin dengan Halim di Thailand pada 1994. Kata Myra lagi, dia dilahirkan pada 1995 dan ibu bapanya mengambil keputusan untuk bercerai empat tahun kemudian. Difahamkan, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di Malaysia.





“Mengenai nama saya Yusmyra Natasya binti Abdullah… saya menggunakan ‘binti Abdullah’ kerana ibu bapa saya kahwin di Thailand. Bapa saya berkahwin sebelum dia menjadi seorang ‘public figure’ iaitu pada tahun 1994, mereka bercerai ketika umur saya tiga tahun.

“Dia tidak mahu cerita sebab masa itu dia baru cerai dan baru mula dalam bidang seni, jadi dia kata tak perlu untuk cerita perkara yang bukan tentang kerjaya,” jelasnya yang dipetik sebagai berkata mStar.

Dalam pada itu, Myra meluahkan rasa syukur selepas 27 tahun bapanya akhirnya bersetuju untuk membuka rahsia tersebut selepas beberapa kali membuat permintaan.

“Ini masa terbaik untuk memberitahu perkara itu, kalau dulu semasa saya berada dalam pertandingan pasti ada yang beranggapan saya ingin menumpang glamor atau guna cable. Saya umumkan sekarang sebab mungkin satu hari nanti saya akan berkahwin dan saya rasa tak elok andai harus terus berpura-pura.





“Saya pernah tanya kepada bapa jika orang tanya siapa bapa saya, boleh ke saya beritahu… dia kata okey cakap jelah. Saya terus rasa terharu dan menangis kerana itu bukan pertama kali saya minta kebenaran dia… mungkin kali ke 18. Mungkin sebab bulan Ramadan, hati dia akhirnya terbuka untuk berkongsi,” katanya.

MYRA NATASYA : DEDAH ANAK KEPADA HALIM OTHMAN


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker