Nyawa tentera Ukraine terselamat jika letak senjata

Nyawa tentera Ukraine terselamat jika letak senjata
KYIV: Kementerian Pertahanan Russia berkata, jika tentera Ukraine yang masih bertempur di Mariupol meletakkan senjata bermula jam 6 pagi waktu Moscow hari ini, nyawa mereka akan terselamat, kata agensi berita Tass.
Russia sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya sudah ‘membersihkan’ semua kawasan bandar daripada gerakan penentangan di Mariupol.
Katanya, pejuang yang masih berada di bandar pelabuhan yang terkepung itu terdiri warga asing dan rakyat Ukraine.
Mereka disekat di sebuah kilang keluli di Azovstal.
Tass yang memetik kenyataan Pengarah Pusat Pengurusan Pertahanan Kebangsaan Russia, Kolonel Jeneral Mikhail Mizintsev, berkata tawaran Moscow itu didorong oleh ‘malapetaka’ di kilang berkenaan serta ‘prinsip perikemanusiaan’.
“Di bawah syarat perjanjian yang dicadangkan, baki tentera Ukraine yang berada di loji itu akan meninggalkan lokasi berkenaan,” katanya.
Setakat ini belum ada reaksi balas daripada Kyiv berhubung tawaran berkenaan. – REUTERS
Nyawa tentera Ukraine terselamat jika letak senjata
Disyorkan Untuk Anda :