Pertempuran tercetus ketika perarakan agama Hindu di India

Pertempuran tercetus ketika perarakan agama Hindu di India
Anggota polis berkawal selepas pertempuran berlaku ketika perarakan agama Hindu di kawasan Jahangirpuri di New Delhi, India. – Foto REUTERS

Pertempuran tercetus ketika perarakan agama Hindu di India

NEW DELHI: Pertempuran berlaku ketika perarakan agama Hindu di sini, semalam mengakibatkan beberapa orang cedera termasuk anggota polis, kata polis beberapa hari selepas insiden keganasan turut berkait dengan agama berlaku di tiga negeri.

Beberapa orang saksi memberitahu Reuters, keganasan tercetus di antara orang Islam dan Hindu ketika perarakan di Jahangirpuri, pinggir bandar New Delhi.

Polis berkata, pihak berkuasa itu masih menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden berkenaan.

“Kami masih menilai berapa ramai yang cedera, selain beberapa anggota polis turut tercedera,” kata seorang pegawai polis di Jahangirpuri, Deependra Pathak yang memakai peralatan rusuhan.





Keganasan berlaku ketika perarakan bersempena perayaan Hindu, Hanuman Jayanti, kata polis tanpa memberikan butiran lanjut.

Semalam, penunjuk perasaan di New Delhi melaungkan slogan terhadap kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi dengan menyatakan umat Islam menjadi sasaran keganasan oleh pihak berkuasa selepas pertempuran Hindu-Muslim di beberapa bahagian membabitkan tiga negeri yang diperintah oleh parti nasionalis Hindu Modi.

Pertempuran pada Ahad lalu ketika perayaan agama mendorong polis mengenakan perintah berkurung di sebuah bandar dan mengharamkan perhimpunan lebih daripada empat orang di beberapa bahagian negeri.

Pihak berkuasa tempatan merobohkan rumah dan kedai yang disyaki milik perusuh Islam di tengah negeri Madhya Pradesh selepas keganasan yang tercetus ketika festival Hindu, Ram Navami, menurut seorang pegawai polis yang enggan namanya didedahkan.

Polis dan pihak berkuasa tempatan memberitahu Reuters selepas pertempuran berlaku, mereka bebas daripada bersikap berat sebelah dan bertindak mengikut undang-undang.





Ahli politik pembangkang menuduh parti nasionalis Hindu yang juga sayap kanan Modi, Bharatiya Janata Party (BJP) mencetuskan ketegangan di antara majoriti Hindu dan Muslim di negeri yang diperintah. – REUTERS

Pertempuran tercetus ketika perarakan agama Hindu di India


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker