Segera alih longgokan kayu, sisa hutan hanyut di Tasik Kenyir

Pekerja KETENGAH melakukan kerja pembersihan dan mengalih sisa hutan di Tasik Kenyir. - Foto ihsan KETENGAH

Segera alih longgokan kayu, sisa hutan hanyut di Tasik Kenyir
Pekerja KETENGAH melakukan kerja pembersihan dan mengalih sisa hutan di Tasik Kenyir. – Foto ihsan KETENGAH

Segera alih longgokan kayu, sisa hutan hanyut di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perhutanan negeri digesa mengeluarkan segera longgokan sisa kayu di Tasik Kenyir termasuk balak yang dihanyutkan arus dalam banjir luar biasa Februari lalu.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Datuk Razali Idris, berkata longgokan sisa kayu dan balak lama hanyut itu memenuhi permukaan tasik bermula daripada titik semak pertama Sungai Petang ke Santuari Kelah sejauh kira-kira lima kilometer.

Katanya, kerja-kerja mengalih longgokan sisa hutan ke tepi tasik itu sudah dilakukan kakitangan KETENGAH sejak awal Mac lalu.

“Semua longgokan hasil hutan yang dihanyutkan arus dan memenuhi permukaan tasik di kawasan itu ketika banjir luar biasa Februari lalu sudah dialih dan diikat serta ditarik ke tasik.





“Kerja-kerja mengalih longgokan sisa hutan itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan laluan rumah bot dan bot gentian kaca membawa pelancong ke santuari kelah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata, sisa hutan termasuk balak lama itu tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran dan kelulusan Jabatan Perhutanan negeri.

Katanya, kerja-kerja mengeluarkan sisa hutan yang sudah diikat dan dikumpulkan di tepi tasik di kawasan itu perlu segera dikeluarkan untuk keselamatan pengunjung.

“Kita bimbang tali ikatan pada sisa hutan itu terputus disebabkan terlalu lama berada dalam air selain berlakunya fenomena kepala air.

“Walaupun kita mempunyai kemahiran dan kepakaran untuk membawa keluar longgokan sisa hutan itu, tetapi perlu mendapat kelulusan serta kebenaran daripada Jabatan Perhutanan,” katanya.





Diminta mengulas sama ada longgokan sisa hutan itu menjejaskan pemandangan tasik buatan manusia itu, Razali berkata, keselamatan pelancong dan pengunjung menjadi keutamaan KETENGAH.

Katanya, longgokan sisa hutan itu tidak menjejaskan pemandangan, sebaliknya kelihatan lebih menarik apabila disusun rapi di tepi tasik.

“Walaupun longgokan sisa hutan yang disusun dan diikat itu tidak menjejaskan pemandangan, tetapi proses membawa keluar kayu-kayu itu perlu disegerakan.

“Pemandangan susunan longgokan sisa hutan yang diikat di tepi tasik cantik, tetapi ianya boleh mengancam keselamatan pengunjung jika berlakunya fenomena kepala air,” katanya.

Segera alih longgokan kayu, sisa hutan hanyut di Tasik Kenyir


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Akhirnya Taufiq Ayman Akan Di Dakwa

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker