Resipi Biskut Raya : BISKUT SARANG SEMUT
Popular Yang Mudah, Sedap & Sesuai Buat Niaga
Resipi Biskut Raya : BISKUT SARANG SEMUT
Tidak lama lagi, umat Islam akan mula menunaikan ibadah puasa. Maka bermulalah pesta biskut raya. Terdapat pelbagai jenis biskut raya ada dijual di pasaran namun yang dihasilkan sendiri tentunya lebih bermakna. Bagi anda yang tercari-cari idea untuk kuih raya, ini seleksi aneka resipi biskut raya mudah dan paling popular yang wajib ada tahun ni. Anda boleh dicuba. Nak buat niaga pun sesuai.
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan mentega
- 1/2 cawan gula halus
- 2 biji kuning telur
- Sedikit esen vanilla
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- 1 sudu besar susu tepung
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 cawan tepung jagung
- 2 1/4 cawan tepung naik sendiri (@ tepung gandum + 1 sk baking powder diayak)
CARA MEMASAK :
1. Pukul metega dan gula hingga kembang dan gula hancur.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sekejap kemudian matikan mixer.
3. Masukkan pewarna kuning, susu tepung dan tepung kastard. Kacau rata.
4. Masukkan tepung jagung dan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit sambil uli hingga jadi doh yang cantik dan tidak melekat di tangan.
5.Doh boleh terus diparut atau balut dengan plastik dan simpan dalam peti ais selama 20 minit sebelum diparut.
6.Masukkan parutan doh tadi ke dalam cawan kertas dan hias dengan coklat urai berwarna.
7.Panaskan ketuhar dan bakar biskut selama 20 minit pada suhu 160C.
Disyorkan Untuk Anda :
- Dakwaan RM1 Juta Dalam Akaun, Hakim Nazlan Tidak Boleh Membisu
- Pencalonan tunggal Ismail Sabri dapat beri keyakinan kepada rakyat
- PAS Di Jadikan Talian Hayat Terakhir PPBM Untuk Hadapi PRU 15
- Lapuran Politik Bocor: Sampah Atau Tidak, Polis Akan Siasat
- Kenapa Mahathir Membisu Dengan Isu Nazlan, Bukankah Beliau ‘Pejuang’ Melawan Rasuah!!!
- Pemimpin PAS Mula Bersilat Mengenai Lapuran PasLeak