Adakah Kedudukan Hakim Mengatasi Kedudukan Raja Melayu?

Adakah Kedudukan Hakim Mengatasi Kedudukan Raja Melayu?

Adakah Kedudukan Hakim Mengatasi Kedudukan Raja Melayu?

Sangat janggal bila pihak Pakatan Harapan pertikaikan siasatan yang dibuat oleh SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Berbagai-bagai alasan diberikan oleh Pakatan Harapan untuk menyokong hujah mereka.

Tidak perlu Edisi Siasat mengulang hujah Pakatan Harapan kerana segalanya boleh dibaca melalui media.





Persoalannya ialah, adakah kedudukan hakim berada di atas Raja Raja Melayu sehingga tidak boleh disiasat dan didakwa?

Tahun 1993, Bahagian XV, Pekara 182 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda kepada Akta A848, seksyen 7A.

Pindaan akta tersebut mula berkuatkuasa pada 30 Mac 1993.

Akta asal menyebut:

Tiada apa-apa jua prosiding boleh dibawa mana-mana mahkamah atau didalam Mahkamah Khas terhadap YDP Agong atau Raja Melayu atas sifat peribadinya berkenaan dengan apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada olehnya.





Adakah Kedudukan Hakim Mengatasi Kedudukan Raja Melayu?

Namun selepas pindaan tersebut, Raja Melayu hatta YDP Agong boleh dibicarakan di dalam Mahkamah Khas.

Namun, baginda hendaklah meninggalkan takhta dan dakwaan dibuat atas kapasiti peribadi baginda dan bukannya jawatan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara182-Ma.Html





Dalam artikata lain, tiada siapa pun di dalam negara ini berada di atas undang-undang.

Secara logiknya, sebelum didakwa, sudah pasti siasatan akan dilakukan terlebih dahulu.

Ianya untuk memastikan sama ada mempunyai prima facie atau tidak ke atas tertuduh.

Kesimpulannya, kalau Raja Raja Melayu juga boleh disiasat dan didakwa, apa istimewanya kedudukan hakim sehingga tidak boleh disiasat?

Di mana rasionalnya dakwaan Pakatan Harapan bahawa siasatan ke atas Hakim Nazlan adalah bercanggah dengan perlembagaan?





 

Adakah Kedudukan Hakim Mengatasi Raja Sehingga Tidak Boleh Di Siasat Dan Di Dakwa?

 

Disyorkan Untuk Anda :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker