Wajarkah Dakwaan Ke Atas Nazlan Di Anggap Sebagai Serangan Ke Atas Badan Kehakiman?

Wajarkah Tohmahan Ke Atas Nazlan Di Anggap Sebagai Serangan Ke Atas Badan Kehakiman?

Wajarkah Dakwaan Ke Atas Nazlan Di Anggap Sebagai Serangan Ke Atas Badan Kehakiman?

Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat, menganggap tohmahan ke atas Hakim Nazlan sebagai serangan ke atas badan kehakiman.

Sangat mengejutkan apabila seorang yang bertaraf Ketua Hakim Negara dilihat cuba menjatuhkan hukuman sebelum kebenaran didedahkan.

Untuk rekod, pendedahan Hakim Nazlan menerima duit yang disyaki dari Jho Lo adalah atas kapasiti beliau sebagai Mohd Nazlan Ghazali.





Malah rekod menunjukkan, beliau dikatakan menerima duit tersebut sebelum beliau dilantik sebagai hakim.

Yang menjadi perdebatan ialah mengapakah beliau tidak bersikap jujur apabila diamanahkan untuk mengetuai perbicaraan kes SRC.

Malah dalam hujahan penghakiman, beliau menyatakan tertuduh, DS Najib, mempunyai niat mengambil duit SRC dengan cadangan penubuhan SRC.

Sedangkan menurut portal Malaysia Today, siasatan polis mendapati cadangan penubuhan SRC adalah dari pihak Maybank sendiri.

Beliau sepatutnya menarik diri dan isytiharkan penglibatan beliau dalam syarikat SRC supaya tiada keraguan atas penghakiman yang dibuat.





Kenyataan yang dibuat oleh Tengku Maimun adalah sangat tidak wajar dan boleh di salah tafsir.

Ianya boleh dilihat seolah-olah cuba memberikan tekanan kepada SPRM yang sedang melakukan penyiasatan ke atas tohmahan tersebut.

Sepatutnya sebagai Ketua Hakim Negara, beliau memberikan ruang yang secukupnya ke atas siasatan SPRM.

Sekiranya siasatan SPRM mendapati tohmahan ke atas Hakim Nazlan tidak berasas, bukankah ini akan membersihkan imej badan kehakiman?

Dan sekiranya keputusan siasatan SPRM adalah sebaliknya, ini memberikan peluang badan kehakiman membuktikan ketegasan mereka.





Rakyat akan dapat melihat ketegasan badan kehakiman menjunjung prinsip Kedaulatan Undang Undang tanpa memilih darjat.

Berilah ruang SPRM melakukan siasatan tanpa sebarang tekanan.

Rakyat hanya mahu melihat prinsip Kedaulatan Undang Undang dipatuhi sepenuhnya oleh semua pihak.

 

Wajarkah Dakwaan Ke Atas Nazlan Di Anggap Sebagai Serangan Ke Atas Badan Kehakiman?

 





Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker