Siapa Yang Lebih Sesuai Siasat Hakim Nazlan, SPRM Atau Jawatankuasa Etika Hakim?

Siapa Yang Lebih Sesuai Siasat Hakim Nazlan, SPRM Atau Jawatankuasa Etika Hakim?

Siapa Yang Lebih Sesuai Siasat Hakim Nazlan, SPRM Atau Jawatankuasa Etika Hakim?

Pelbagai pihak yang pro Pakatan Harapan terus mempertikaikan kewajaran Hakim Nazlan disiasat oleh SPRM.

Anwar Ibrahim yang menjadi ‘bell ringer’ dalam isu tersebut, berhujah bahawa badan kehakiman mempunyai Jawatankuasa Etika Hakim.

Menurut Anwar, isu duit yang tidak diketahui punca di dalam akaun Nazlan sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Etika Hakim.





Persoalannya, adakah Anwar tahu bidangkuasa Jawatankuasa Etika Hakim?

Bidang kuasa Jawatankuasa Etika Hakim hanya terbatas untuk kesalahan tatatertib seorang hakim sebagaimana tercatat dalam Kod Etika Hakim 2009.

Bukan memperkecilkan kredibiliti Jawatankuasa Etika Hakim, tetapi ianya lebih sesuai untuk siasatan dalaman badan kehakiman.

Sebagai contoh, sekiranya seorang hakim itu gagal atau enggan untuk isytihar harta kepada Ketua Hakim Negara.

Maka Ketua Hakim Negara boleh merujuk beliau kepada Jawatankuasa Etika Hakim untuk disoal siasat.





Tetapi isu Hakim Nazlan ialah beliau tidak dapat jelaskan bagaimana di dalam 10 transaksi, terdapat sejumlah wang yang melebihi RM1 juta di dalam akaun beliau.

SPRM Mempunyai Kepakaran Dan Mekanisma Yang Mencukupi Untuk Membuat Siasatan

Siasatan yang dilakukan adalah lebih menjurus kepada jenayah rasuah atau salah guna kuasa.

Bukan kita menuduh Hakim Nazlan memang bersalah tetapi beliau mesti memberikan penjelasan.

Siasatan dimulakan dengan membuktikan dakwaan 10 transaksi kemasukan duit yang diragui ke dalam akaun Nazlan memang wujud.

Dengan itu, pihak pihak penyiasat perlu mendapatkan transaksi penuh akaun daripada bank, iaitu Maybank.





Tanpa salinan transaksi akaun, maka siasatan tidak akan ke mana.

Apakah pihak Jawatankuasa Etika Hakim mempunyai kuasa di dalam perlembagaan untuk meminta transaksi akaun Nazlan dari Maybank?

Sudah tentu tidak, cuma PDRM atau SPRM sahaja yang boleh meminta salinan transaksi akaun Nazlan dari Maybank.

Dengan salinan transaksi akaun Nazlan, baharulah dapat ditentukan kesahihan dakwaan dan punca duit tersebut.

Dan SPRM mempunyai pengalaman serta mekanisma yang mencukupi untuk membongkar sehingga ke akar umbi.





Biarlah SPRM melakukan tugas mereka dan tidak perlu diberikan apa-apa tekanan, kerana kita mahukan kebenaran.

 

Siapa Yang Lebih Sesuai Siasat Hakim Nazlan, SPRM Atau Jawatankuasa Etika Hakim?

 

Disyorkan Untuk Anda :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker