Covid-19: Tiga Persoalan Besar Yang Mesti KJ Jelaskan

Covid-19: Tiga Persoalan Besar Yang Mesti KJ Jelaskan

Covid-19: Tiga Persoalan Besar Yang Mesti KJ Jelaskan

Bulan Februari 2022, kerajaan pimpinan Ismail Sabri pernah mengumumkan Malaysia sudah bersedia untuk beralih ke fasa endemik dalam peperangan dengan wabak Covid-19.

Selaras dengan itu, mulai 1 April 2022, kerajaan sudah membuka pintu sempadan negara.

Walau pun pengumuman secara rasmi mengenai peralihan fasa tersebut belum lagi dibuat, namun tindakan dan keputusan kerajaan telah menunjukkan ianya telah berlaku.





Kini, amalan berkerja dari rumah sudah mula dikurangkan kepada hanya 20 peratus sahaja.

Tiada lagi kewajipan menggunakan pelitup muka atau ‘face mask’ apabila berada di kawasan terbuka.

Tiada keperluan untuk merekodkan kehadiran orang ramai melalui aplikasi MySejahtera ke dalam sesuatu premis.

Malah orang ramai tidak lagi perlu menunjukkan status kesihatan mereka di aplikasi MySejahtera apabila hendak memasuki sesuatu premis.

Dalam artikata lain, sudah hampir tidak ada keperluan orang ramai memiliki aplikasi MySejahtera di dalam gajet mereka.





Namun, tidak kira sama ada Malaysia sebenarnya sudah beralih ke fasa endemik atau pun tidak, terdapat pelbagai persoalan yang menuntut penjelasan dari Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Kesihatan dan menteri yang bertanggungjawab membeli vaksin Covid-19.

Isu Vaksin

Mengapakah hanya Malaysia memerlukan dana yang sangat besar untuk membeli vaksin Covid-19 berbanding negara lain.

Malaysia telah membelanjakan berbilion ringgit untuk urusan pembelian dan penyimpanan vaksin!!!

Selepas membelanjakan duit rakyat berbilion ringgit untuk membeli vaksin, mengapakah Kahiry Jamaluddin (KJ), enggan mengumumkan harga sebenar vaksin yang dibeli?

Keberkesanan vaksin yang dibeli juga menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.





Ribuan rakyat yang sudah melengkapkan 2 dos vaksin, malah ada yang sudah melengkapkan 3 dos vaksin, masih lagi dijangkiti Covid-19.

Isu 2 rakyat Malaysia yang diperintah keluar dari Jerman kerana menerima dos penggalak dan 2 dos prima vaksin Covid-19 yang berlainan juga perlu dijelaskan oleh KJ.

Sekiranya amalan itu tidak diperakui oleh Kesatuan Eropah, mengapakah KJ sebagai Menteri Kesihatan boleh membenarkannya di Malaysia?

Isu Pelitup Muka

Kita masih ingat lagi bagaimana Kementerian Kesihatan membuat keputusan yang dilihat ‘flip flop’ mengenai pemakaian ‘face mask’.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), mengumumkan mulai 4 Julai 2022, semua pelitup muka bukan perubatan MESTI mempunyai kelulusan SIRIM.





Kegagalan mematuhinya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 bagi syarikat dan RM250,000 bagi individu.

Ironiknya, KJ mengumumkan tiada lagi kewajipan untuk menggunakan pelitup muka di kawasan terbuka mulai 1 Mei 2022!!!

Isu Keselamatan Data Rakyat Malaysia Dalam Aplikasi MySejahtera

Isu ini dikupas dengan secara mendalam oleh blogger Another Brick In The Wall.

Apakah jaminan keselamatan data peribadi rakyat Malaysia di dalam aplikasi MySejahtera?

Banyak maklumat sulit seperti nombor MyKad, status kesihatan, pergerakan, latar belakang keluarga dan kesihatan terdapat di dalam aplikasi MySejahtera.





Selepas ianya dilaporkan telah diswastakan kepada syarikat dari negara asing, kini KJ mengumumkan pula seolah-olah tidak ada keperluan untuk rakyat Malaysia menggunakannya seperti sebelum ini!!!

Apa sebenarnya yang sudah berlaku?

Siapa yang bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan data tersebut?

Bolehkah KJ memberi jaminan data tersebut tidak akan dibocorkan kepada pihak asing?

Segala-galanya memerlukan jawapan dan penjelasan dari KJ.

Rakyat Malaysia menuntut penubuhan RCI untuk menyiasat secara terperinci bagi ketiga-tiga isu berkenaan!!!

 

Covid-19: Tiga Persoalan Besar Yang Mesti KJ Jelaskan

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker