DoJ Amerika Syarikat Londehkan Konspirasi Kes 1MDB

DoJ Amerika Syarikat Londehkan Konspirasi Kes 1MDB

DoJ Amerika Syarikat Londehkan Konspirasi Kes 1MDB

Maklumat dari Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat telah menemui bukti terdapat pembabitan bekas peguam negara iaitu, Lorreta Lynch yang didapati bersekongkol dengan beberapa individu penting dari malaysia untuk hanya menjatuhkan DS Najib Razak berkaitan tuduhan 1MDB.
Ia diperkuatkan lagi dengan pembabitan NGO berprofil tinggi di Amerika Syarikat milik George Soros Open Society dan Clinton Global Foundation.
Komplot ini telah dirancang sebelum PRU14 lagi bagi memastikan DS Najib Razak dan kerajaan Barisan Nasional tewas pada PRU14 lalu dan seterusnya membuka jalan untuk mengheret DS Najib ke mahkamah sebagaimana yang telah dirancang.
Ironiknya, DoJ gagal menemui sebarang bentuk bukti untuk mensabitkan DS Najib berkaitan isu kontroversi 1MDB sehinggalah mereka melakukan siasatan dalaman.
Mereka menemui terdapat penglibatan secara langsung oleh bekas peguam Amerika Syarikat, Lorreta Lynch dengan VVIP dari Malaysia yang dipercayai dari parti pembangkang semasa PRU14 dengan mensasarkan tuduhan palsu untuk menjatuhkan DS Najib.
Bukti Kes Tidak Sempurna
Perbicaraan DS Najib telah pun sampai ke penghujung dan apa yang memeranjatkan, pihak pendakwaraya gagal memberikan bukti yang kuat bagi mendakwa atau mensabitkan DS Najib.
Malah, didapati pihak pendakwa mengeluarkan bukti bersifat ‘hear say’, iaitu melalui keterangan tanpa dokumen seperti yang diperlukan pihak mahkamah.
Melalui maklumat itu juga, jelas kes ini di dapati cacat sekaligus menimbulkan elemen yang hanya berpaksikan rekaan semata-mata dan tiada sabitan kukuh disebabkan banyak keraguan.
DoJ Akan Gugurkan Kes 1MDB

Maka, berdasarkan kepada perkembangan dari Department of Justice Amerika Syarikat, kes ini akan ditutup sedikit masa lagi kerana tiada keperluan untuk meneruskannya.

Ini berikutan terlalu banyak kelemahan berlaku dalam tuduhan tidak berasas tersebut.

Yang paling ketara apabila pihak pendakwa terkial kial untuk mencari bahan bukti yang tidak pernah wujud untuk dipersembahkan pada mahkamah.





Persoalannya sekarang:

  • Apakah mahkamah di Malaysia akan membuat keputusan di sebaliknya?
  • Apakah pihak pendakwaan kes 1MDB mampu mengemukakan bukti yang kukuh?

Bukan niat Edisi Siasat mahu mencampuri urusan perbicaraan kes 1MDB di Malaysia.

Tetapi apakah keadilan di Amerika Syarikat mempunyai wajah yang berbeza dengan keadilan di Malaysia?

 

DoJ Amerika Syarikat Londehkan Konspirasi Kes 1MDB

 





Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker