Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir

Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir

Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir

2 perkara utama yang dijangka akan menjadi tumpuan pada bulan Mei 2022.

Pertama, Persidangan Khas UMNO yang akan menentukan sama ada perwakilan UMNO akan bersetuju untuk meminda Perlembagaan UMNO.

Sekiranya perwakilan bersetuju, maka selepas ini, UMNO hanya akan mengadakan pemilihan parti dalam jangka masa 6 bulan selepas pilihanraya umum.





Apabila ini berlaku, usaha segelintir pengkhianat UMNO yang mahu pemilihan parti diadakan sebelum pilihanraya umum akan menjadi sia-sia.

Perkara kedua yang akan mendapat perhatian ialah debat antara mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib dan mantan Timb Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas isu Sapura Energy.

Kedua-dua mereka adalah mantan Menteri Kewangan.

DS Najib menjadi Menteri Kewangan di era pemerintahan beliau, manakala Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan di era pemerintahan Dr Mahathir.

Sebagai mantan Perdana Menteri dan Timb Perdana Menteri, lebih-lebih lagi sebagai mantan Menteri Kewangan, sudah pasti banyak maklumat berada di tangan mereka.





Sebahagian besar daripada maklumat tersebut pasti akan didedahkan di atas pentas debat.

Umum akan mengetahui, siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menghancurkan Sapura Energy selama ini.

Wajah dan sifat sebenar kleptokrat negara yang telah menghancurkan bukan sahaja Sapura Energy tetapi juga menjarah harta negara selama ini akan dipamerkan.

Secara sedar atau tidak, Rafizi hanyalah digunakan sebagai alat untuk merealisasikan debat tersebut, jadi tidak hairanlah apabila nama Rafizi kini tidak lagi relevan.

Jadi jangan terkejut sekiranya di hari kejadian nanti, skop perbahasan nanti tidak hanya akan terbatas kepada isu Sapura Energy.





Cuma apa yang kami risaukan, selepas debat nanti, ada yang terpaksa di kejarkan ke Institut Jantung Negara sekali lagi.

 

Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir

 

Disyorkan Untuk Anda :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker