Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan

Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan

Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan

Beberapa bekas Presiden Bar Council mengajak peguam berjalan demi keadilan.

Alasannya badan kehakiman sedang diserang.

Isunya Hakim Nazlan, hakim yang jatuhkan hukuman terhadap Najib pernah jadi peguam penasihat Maybank semasa SRC buat pinjaman.





Hakim Nazlan dikatakan dapat RM1 juta dari Jho Lo dan dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Hakim Nazlan telah buat laporan polis.

Dengan itu dia telah “invite” dan “consent” untuk disiasat supaya kebenaran dicari.

Kalau ada yang lakukan jenayah, mereka-reka cerita, tipu atau fitnah boleh lah diambil tindakan dan didakwa.

SPRM Bertindak Mengikut Perlembagaan

Pihak SPRM juga telah mulakan siasatan.





SPRM tidak perlu laporan polis untuk mulakan siasatan.

Akta SPRM memperuntukkan mereka hanya perlukan maklumat untuk mulakan siasatan.

Pegawai yang terima maklumat itu hanya perlu tuliskan info yang diterima dan boleh teruskan siasatan segera.

Apa sebenarnya yang dibimbangkan Bar Council ini?

Bimbang berlakunya pencerobohan kepada Separation of Powers?





Atau merasakan badan kehakiman sedang diserang?

Apakah mereka mahu mempertahankan keputusan Hakim Nazlan menghukum DS Najib?

Adakah mereka bimbang kalau tuduhan terhadap Hakim Nazlan itu benar, keputusan menghukum Najib itu adalah cacat?

Sekiranya cacat ianya boleh cabar di Mahkamah Persekutuan nanti.

Dan kalau ada asas kemungkinan DS Najib akan dilepaskan atau diperintahkan supaya bicara semula (retrial).





Kalau itu berlaku, ia bermakna Hakim Nazlan telah melakukan kesalahan etika sebagai seorang hakim.

Hakim sepatutnya mengisytihar kedudukan, keterlibatannya dalam fakta kes yang dikemukakan di mahkamah.

Tidak isytihar kedudukannya adalah satu kesalahan dan sebagai seorang hakim diboleh dipecat melalui penubuhan Tribunal khas.

Kalau terbukti dia dapat RM1 juta lebih akibat dari terlibat dgn transaksi yg dibentangkan faktanya, itu satu kesalahan jenayah.

Jadinya keadilan apa yang Bar Council cuba perjuangkan?





Untuk kekalkan sabitan kesalahan dan hukuman terhadap DS Najib?

Adakah membela Hakim Nazlan kerana dia tidak melakukan apa2 kesalahan etika.

Mungkinkah kerana kritikan dan tohmahan terhadap Hakim Nazlan itu adalah dianggap serangan terhadap Badan Kehakiman?

Seorang bekas Presiden Bar Council samakan keadaan Hakim Nazlan ini dengan scandal VK Linggam tahun 2007.

Di mana samanya?

Linggam mendabik dada kononnya dia boleh kawal Judiciary.

Isu Hakim Nazlan ini adalah mengenai apa yang berlaku sebelum dia jadi Hakim.

Jauh sangat bezanya itu.

Tiada Asas Dakwaan Siasatan SPRM Adalah Serangan Ke Atas Badan Kehakiman

Bar Council ini sebenarnya hendak apa?

Apakah sekiranya seorang pegawai polis disyaki melakukan jenayah dan disiasat, maka itu boleh dianggap sebagai serangan ke atas PDRM?

Atau sekiranya seorang guru disyaki melakukan jenayah dan beliau disiasat, maka itu dianggap sebagai serangan ke atas Kementerian Pendidikan?

Lagi pun SPRM bukan menuduh Hakim Nazlan telah melakukan jenayah.

SPRM cuma melakukan siasatan melalui aduan yang terima.

Jadi, di mana asasnya dakwaan siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan adalah serangan ke atas badan kehakiman?

 

Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker