PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman

PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman

Selepas Bar Council mengumumkan akan mengadakan EGM untuk turun ke jalanraya untuk bincangkan program berjalan untuk keadilan.

Tidak lama selepas itu Ahli Parlimen DAP, M Kulasegaran pula mahu satu sidang khas parlimen diadakan.

Tujuannya adalah kononnya mahu pertahankan badan kehakiman dan menghormati prinsip pengasingan kuasa.





Apa yang Bar Council dan DAP lupa ialah, di zaman Latheefa Koya, SPRM telah menyiasat 20 hakim dan peguam atas tuduhan rasuah.

Apa yang Kulasegaran buat-buat lupa ialah, di era PH, bukan sahaja berlaku pencabulan prinsip pengasingan kuasa, malah Kedaulatan Undang Undang!!!

Mengapakah kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan begitu sahaja tanpa alasan yang kukuh?

Apa terjadi dengan dakwaan penglibatan mantan ADUN DAP dengan kumpulan pengganas LTTE?

Lupakah Kulasegaran kepada punca mengapa Allahyarham Adib Adam masih lagi tidak mendapat pembelaan?





Banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Mengapa DAP dan PH bersungguh-sungguh mempertahankan Hakim Nazlan?

Adakah kerana memang wujud campurtangan pihak tertentu dalam isu tersebut?

Kalau ada, nyatakan siapa?

Apa Agenda Sebenar PH?

Atau PH/DAP mempunyai agenda tersembunyi dan memanipulasikan isu ini?





Bukan rahsia, ketegasan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, meneruskan dakwaan kes terowong Lim Guan Eng tidak disenangi DAP.

Azam Baki juga tidak berganjak dari keputusan untuk mendakwa Presiden MUDA, Syed Saddiq dalam salah guna kuasa.

Serangan dan tekanan bukan dilakukan ke atas SPRM tetapi ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki.

Agenda yang lebih besar ialah sekiranya siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan membuktikan beliau bersalah, PH akan hadapi masalah besar untuk hadapi PRU 15.

PH menang dalam PRU 14 kerana fitnah besar-besaran ke atas DS Najib dan BN.





Perbicaraan semula kes SRC mungkin diadakan sekiranya Hakim Nazlan didapati bersalah kerana tidak isytiharkan peranan beliau dalam penubuhan SRC.

Sekiranya ini berlaku, perbicaraan semula akan diketuai oleh hakim lain dan pelbagai perkara akan terbongkar sebagaimana di Amerika.

Pembohongan dan fitnah PH ke atas DS Najib dan BN akan terdedah.

Ini sebenarnya yang PH/DAP takutkan.

Mereka bukan mahu pertahankan badan kehakiman.





Tetapi mahu pertahankan fitnah yang mereka taburkan dalam PRU 14 dari terbongkar!!!

 

PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman

 

Disyorkan Untuk Anda :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker