Bekas Ketua Hakim Negara: Siasatan Ke Atas Nazlan Berpelembagaan Dan Tidak Melanggar Prinsip Pengasingan Kuasa
Bekas Ketua Hakim Negara: Siasatan Ke Atas Nazlan Berpelembagaan Dan Tidak Melanggar Prinsip Pengasingan Kuasa
Pelbagai alasan digunakan oleh kelompok yang cuba menghalang siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.
Tidak berpelembagaan dan melanggar prinsip pengasingan kuasa.
Malah pihak badan kehakiman turut sama terikut-ikut dengan mendakwa siasatan tersebut sebagai serangan ke atas badan kehakiman.
Tidak perlu Edisi Siasat kupas satu persatu bantahan mereka kerana ianya telah dibahaskan secara panjang lebar di media sosial.
Kami tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
Beliau mempersoalkan dakwaan Bar Council yang menyifatkan siasatan terhadap Nazlan memberikan tekanan kepada badan kehakiman.
Menurut Tun Hamid, bantahan Bar Council terhadap siasatan SPRM sebenarnya telah memberikan tekanan kepada pihak SPRM.
Maksudnya, kalau Bar Council mahu supaya badan kehakiman bebas dari sebarang tekanan, mengapa tidak kepada SPRM?
Bukankah SPRM juga perlu bebas dari sebarang tekanan dan campurtangan pihak luar dari melaksanakan tanggungjawab mereka?
Tun Hamid juga menegaskan, maksud kebebasan badan kehakiman tidak membawa maksud bebas melakukan jenayah!!!
Maksud kebebasan badan kehakiman ialah hakim perlu bebas tanpa sebarang tekanan dalam melaksanakan tanggungjawab mereka di mahkamah.
Tun Hamid juga mempersoalkan kewajaran Tengku Maimun mengeluarkan kenyataan sebelum SPRM selesaikan siasatan.
Sepatutnya sebagai seorang Ketua Hakim Negara, beliau tidak boleh terburu-buru dalam membuat kenyataan.
Selepas kenyataan dari Ketua Hakim Negara, 2 persoalan besar kini telah menjadi perbahasan umum:
- Adakah Tengku Maimun cuba memberikan arahan kepada SPRM atau
- Tengku Maimun cuba memberikan signal kepada Peguam Nagara.
Hanya Tengku Maimun yang boleh memberikan penjelasan.
Bagi kami di Edisi Siasat, semua pihak mestilah menghormati perlembagaan dan kuasa yang diperuntukkan di bawah perlembagaan kepada pihak lain.
Pulihkan kembali maruah dan kedaulatan negara.
Baca tulisan penuh Mantan Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad:
Kenyataan Mantan Ketua Hakim Negara
Bekas Ketua Hakim Negara: Siasatan Ke Atas Nazlan Berpelembagaan Dan Tidak Melanggar Prinsip Pengasingan Kuasa
Disyorkan Untuk Anda :
- Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir
- PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman
- Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan
Lawati Laman :