‘Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik’

'Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik'
Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik’

KUALA LUMPUR: PAS kekal berpendirian bahawa penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu melihat keperluan untuk penyatuan dalam kerangka yang ditandatangani menerusi piagam Muafakat Nasional (MN).

“Elok kalau dibaca dan dihayati semula apa yang telah disepakati, waktu itu PAS dan UMNO merasai adanya ancaman kepada masa depan Melayu Islam dan kita berhimpun menentangnya,” katanya kepada BH hari ini.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, dalam konteks politik kepartian, setiap pihak boleh membuat apa yang difikir sesuai untuk partinya dan keadaan ini tentu berbeza antara satu kawasan, negeri berbanding lain.





“Selangor, Perak kelihatan berbeza dengan sikap Presiden UMNO , bagaimana pula Pulau Pinang. Apakah sekadar menang sorak, kampung tergadai,” katanya.

Tambah beliau, PAS yakin setiap parti mempunyai hala tuju dan strategi masing-masing menjelang PRU akan datang

“Pelbagai andaian juga akan muncul. Kita masih terbuka untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

“Buat masa ini PAS sebahagian komponen Perikatan Nasional (PN) dan akan meneruskan agenda menggesa penyatuan ummah diteruskan.

“Kami yakin cabaran Barisan Nasional ialah PN berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Melaka dan Johor,” katanya.





Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang memberi bayangan mustahil untuk gagasan MN diteruskan jika PAS terus memperlihat sikap ‘talam dua muka’.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, UMNO mahu rakan yang setia dalam MN bukan sahaja berdasarkan daripada kenyataan-kenyataan dikeluarkan tetapi menerusi tindakan dan keputusan yang dibuat oleh parti terbabit.

PRN Johor: Ahli PAS Minta Maaf Fitnah BN

‘Penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik’


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Kerana PPBM, Khemah Besar Mulai Bocor!!!






Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker