Selepas Rasa Tertipu Dengan PPBM, PAS Kini Mula Bercakap Tentang Kerjasama UMNO Dan PAS

Selepas Tertipu Dengan PPBM, PAS Kini Mula Bercakap Tentang Kerjasama Dalam MN

Selepas Tertipu Dengan PPBM, PAS Kini Mula Bercakap Tentang Kerjasama Dalam MN

PAS mula merasakan kerjasama politik dalam khemah besar yang digambarkan akan meminggirkan mereka.

PAN secara jelas telah mengeluarkan kenyataan kehadiran PAS dalam khemah besar tidak dialukan.

Ironiknya, demi survival politik, PPBM yang semakin terdesak mencari dahan berpaut, dilihat semakin ghairah dengan idea khemah besar.





PPBM seakan tidak peduli kedudukan serba salah PAS dalam merealisasikan idea khemah besar.

Merasakan mula dipinggirkan oleh PPBM, PAS mula bercakap mengenai kerjasama dengan UMNO dalam MN.

Memang kedengarannya amat janggal.

Sebelum ini PAS bertegas, sekiranya UMNO mahu menjayakan MN, syarat WAJIB adalah dengan penyertaan PPBM bersama.

Tanpa PPBM, bagi PAS, tidak mungkin kerjasama dalam MN dapat direalisasikan.





Walau pun PAS tahu tidak mungkin UMNO dapat menerima PPBM dalam MN tetapi PAS tetap bertegas.

Malah, beberapa kali pemimpin PAS tergamak mengeluarkan kenyataan yang melukakan hati pemimpin dan akar umbi UMNO.

Segala-galanya dilakukan untuk pertahankan PPBM.

Kini selepas merasa dikhianati PPBM, PAS nampak seakan tersedar dan baru nampak wajah sebenar pemimpin PPBM.

Mungkin ada segelintir pemimpin UMNO akan mengalu-alukan kedatangan semula PAS ke dalam MN.





Tetapi PAS mesti ingat, luka yang mereka tinggalkan kepada akar umbi UMNO tersangat dalam.

Dokumen ‘PAS Leak’, benar-benar menyemarakkan kemarahan akar umbi UMNO.

Berkali-kali diingatkan supaya PAS tidak berkerjasama dengan parti pengkhianat seperti PPBM.

Namun PAS bertegas menyokong dan menyanjung PPBM.

Kini PAS mula merasakan akibat apabila berkerjasama dengan kumpulan parti pengkhianat, PPBM!!!





Sama ada UMNO akan masih berselera untuk menghidupkan kembali MN, ianya bergantung kepada akar umbi UMNO.

UMNO bukan parti milik puak elit tertentu, tetapi milik 3.5 juta ahlinya dan ianya amat disedari oleh pemimpin UMNO.

Namun, walau pun akar umbi UMNO sanggup menerima PAS, namun keadaannya sudah pasti berbeza dari sebelum ini.

 

Selepas Tertipu Dengan PPBM, PAS Kini Mula Bercakap Tentang Kerjasama Dalam MN

 





Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker