Siapa Yang Hantar Dedak Kepada RPK Untuk Hentikan Pendedahan Konspirasi SRC?

Siapa Yang Hantar Dedak Kepada RPK Untuk Hentikan Pendedahan Konspirasi SRC?

Siapa Yang Hantar Dedak Kepada RPK Untuk Hentikan Pendedahan Konspirasi SRC?

Raja Petra Kamaruddin @ RPK memang dikenali sebagai seorang penulis upahan.

Penulisan beliau bergantung sepenuhnya kepada ‘pay master’ yang menyediakan dedak.

Makin banyak dedak disediakan, makin ‘daring’ pendedahan beliau.





Kelazimannya, strategi penulis upahan seperti RPK, akan mendedahkan maklumat yang beliau ada sebagai ‘trigger’ perhatian umum.

Pihak yang diserang akan segera menafikan dengan pelbagai hujah rekaan yang adakalanya tidak masuk akal.

Serangan kedua RPK ialah dengan mendedahkan isu tersebut dengan lebih mendalam berserta bukti-bukti yang beliau ada.

Sekiranya pihak yang diserang tidak mampu menafikan pendedahan RPK, maka ‘dedak’ akan mula dihantar untuk menutup mulut RPK.

Inilah yang sedang berlaku dalam pendedahan RPK mengenai kredibiliti Hakim Nazlan sebagai hakim yang mengetuai perbicaraan kes SRC.





Pihak yang berkepentingan mempertahankan keputusan kes SRC dilihat sudah menyerah kalah dengan pendedahan RPK.

Dedak Di Hantar Untuk Tutup Mulut RPK

Edisi Siasat dimaklumkan, sejumlah besar dedak sedang dihantar kepada RPK dan sebahagian lagi sudah diterima.

Tidak hairan bila RPK kini mula beralih kepada isu lain.

Apa pun yang telah dan sedang berlaku, sama ada dedak sudah dihantar atau akan dihantar lagi, pendedahan serta bukti sudah diketahui.

Pihak SPRM kini sedang membuat siasatan terperinci tanpa menghiraukan tekanan dari pihak tertentu.





Tahnia Edisi Siasat ucapkan kepada SPRM.

Sama ada RPK akan terus membuat pendedahan atau tidak, ianya tidak lagi penting kerana bukti awal yang RPK sertakan sudah memadai.

Sikap panik pihak yang berkepentingan untuk pertahankan keputusan Hakim Nazlan menjelaskan kepada kita sama ada apa yang RPK dedahkan adalah benar atau rekaan.

Edisi Siasat tidak pasti sama ada SPRM mempunyai kuasa untuk memanggil RPK balik ke Malaysia untuk dirakam keterangan beliau.

Tetapi beberapa pegawai tertinggi SPRM dilaporkan sudah berulang alik dari KLIA ke Manchester.





Sudah pasti mereka ke sana bukan untuk menonton EPL.

Kedudukan Manchester United dalam liga EPL pun tidak memberangsangkan…😅😅😅

Siapa yang menghantar dedak kepada RPK supaya tidak meneruskan pendedahan?

Tidak perlu Edisi Siasat nyatakan di sini, pihak yang beriya mempertahankan keputusan Hakim Nazlan, itulah pihaknya!!!

 





Siapa Yang Hantar Dedak Kepada RPK Untuk Hentikan Pendedahan Konspirasi SRC?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker