Taufiq Ayman Bakal Di Dakwa, Mahathir Akan Di Siasat, Kes SRC Di Bicarakan Semula?

Taufiq Ayman Bakal Di Dakwa, Mahathir Akan Di Siasat, Kes SRC Di Bicarakan Semula?

Taufiq Ayman Bakal Di Dakwa, Mahathir Akan Di Siasat, Kes SRC Di Bicarakan Semula?

Pihak yang cuba pertahankan keputusan Hakim Nazlan dan Mahkamah Rayuan dalam kes SRC kini berada dalam keadaan yang cukup panik.

Dari maklumat yang Edisi Siasat terima, sebenarnya Raja Petra Kamaruddin @ RPK mempunyai banyak lagi maklumat kukuh mengenai konspirasi kes SRC dan 1MDB.

Namun kini beliau dikatakan menangguhkan dahulu pendedahan seterusnya kerana dedak sudah dan akan dihantar kepada beliau supaya tidak meneruskan pendedahan.





Matlamat utama pihak ini ialah supaya keputusan Mahkamah Persekutuan akan mengikut skrip yang mereka rancang dan DS Najib dihantar ke penjara sebelum PRU 15.

Kenapa?

Aura DS Najib di dalam PRK atau PRN sangat menakutkan mereka dan fakta ini tidak mampu mereka sangkal.

Namun dengan maklumat terbaru yang kami terima, pihak berkuasa sudah pun menyiapkan kertas pertuduhan ke atas Taufiq Ayman.

Lebih menakutkan mereka ialah Dr Mahathir dan Zeti Aziz dikatakan akan dipanggil oleh pihak berkuasa dalam masa yang terdekat.





Sama ada RPK akan meneruskan pendedahan atau pun tidak, sudah tidak penting.

Bukti awal yang RPK kemukakan kepada umum kini dikatakan telah diperolehi salinan asalnya oleh pihak berkuasa.

Segala-galanya kini bergantung kepada pihak Peguam Negara sama ada mahu meneruskan pendakwaan atau pun tidak.

Sekiranya Peguam Negara benar-benar memegang kepada prinsip Kedaulatan Undang Undang seperti di dalam sumpah jawatan, maka kita akan melihat Taufiq Ayman diheret ke mahkamah.

Perbicaraan Taufiq di mahkamah akan membuka lebih banyak lagi ‘untold conspiracy’ yang masih menjadi rahsia.





Tetapi sekiranya pihak Peguam Negara masih lagi berdolak dalih, maka akan berkuburlah prinsip Kedaulatan Undang Undang di Malaysia!!!

 

Taufiq Ayman Bakal Di Dakwa, Mahathir Akan Di Siasat, Kes SRC Di Bicarakan Semula?

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker