Usaha Pembangkang Cuba Menimbulkan Ketegangan Politik Melaka Terbongkar

Usaha Pembangkang Cuba Menimbulkan Ketegangan Politik Melaka Terbongkar

Usaha Pembangkang Cuba Menimbulkan Ketegangan Politik Melaka Terbongkar

Beberapa media elektronik cuba membuat propaganda mengenai keadaan politik di negeri Melaka.

Pelbagai cerita cuba dihangatkan, Ketua Menteri Melaka dipaksa tandatangan surat letak jawatan, wujud cubaan menjatuhkan Ketua Menteri Melaka.

Sebenarnya cerita basi mengenai wujud konspirasi untuk menjatuhkan Sulaiman dari jawatan Ketua Menteri telah bermula usai Sulaiman mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri.





Yang menjadi sasaran fitnah ialah ADUN Masjid Tanah yang merupakan EXCO Kanan Kerajaan Melaka, DS Abd Raof.

Perkara ini telah dinafikan oleh Raof sendiri dalam kenyataan beliau selepas Sulaiman selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri.

Malah Sulaiman sendiri menafikan berlaku keretakan hubungan antara beliau dan EXCO Kanan beliau.

Memfitnah Dan Menghasut Satu-Satunya Senjata Yang PH Ada

Hakikatnya isu ini kembali dimainkan oleh DAP Melaka dengan tujuan untuk menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin UMNO Melaka.

Percaturan DAP sangat mudah untuk kita baca sebenarnya.





Sekiranya propaganda yang mereka bawa berjaya memecahbelahkan kepimpinan UMNO Melaka, maka ianya akan menjadi bahan kempen utama mereka dalam PRU 15.

Ini akan dijadikan bukti bahawa UMNO/BN tidak boleh diberikan mandat selesa untuk memerintah kerana akan berebut kuasa sesama sendiri.

Mereka juga akan berhujah, perpecahan pemimpin UMNO Melaka adalah bukti bahawa pemimpin UMNO hanya mementingkan kuasa dan jawatan dan bukannya rakyat yang memberikan mandat.

Apa yang PH cuba sembunyikan adalah fakta 2 minggu lepas, Sulaiman dan Raof sama-sama menghadiri EXPO 2020 di Dubai.

PH juga cuba menyembunyikan fakta bahawa Sulaiman dan Raof kini sama-sama berada di Bosnia.





Untuk apa mereka ke sana kalau tidak untuk mencari pelaburan untuk rakyat dan negeri Melaka.

Yang DAP tidak mahu rakyat tahu ialah hanya selepas beberapa bulan BN kembali menjadi kerajaan negeri, berbilion ringgit pelaburan asing sudah masuk ke negeri Melaka.

Secara perbandingan, berapa banyak pelaburan asing yang telah PH bawa masuk ketika memerintah selama 22 bulan?

Mereka juga mahu rakyat Melaka melupakan bahawa akibat mereka kembali mahu berkuasa, Kerajaan BN Melaka jatuh apabila 2 mantan ADUN BN termakan hasutan mereka.

PH tidak mampu untuk menandingi keupayaan di dalam tadbir urus dan memajukan, sama ada negeri atau pun negara.





Satu-satunya cara yang mereka ada ialah dengan menabur fitnah dalam usaha menghasut rakyat supaya menolak BN.

Tetapi PH lupa, selepas menyiksa rakyat selama 22 bulan, rakyat bukan sahaja marah tetapi berdendam dengan PH!!!

 

Usaha Pembangkang Cuba Menimbulkan Ketegangan Politik Melaka Terbongkar

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker