Bila Menggelabah, Pak Lebai Kembali Melatah
Bila Menggelabah, Pak Lebai Kembali Melatah
Pak Lebai PAS memang terkenal dengan sikap suka mencari alasan dari mencari penyelesaian.
Skil mencari alasan semakin bertambah baik apabila PAS bersekutu dengan PPBM dalam Perikatan Nasional.
Apa sahaja masalah yang dihadapi PAS, pasti jari Pak Lebai akan menunjuk kepada pihak lain.
Gagalnya Muafakat Nasional (MN), Pak Lebai salahkan UMNO kerana kononnya khianat kepada Piagam Muafakat Nasional.
Sedangkan sudah jelas lagi bersuluh, yang mengkhianati Piagam Muafakat Nasional adalah PAS.
Dalam menghadapi PRU 15, PAS Kelantan sudah merasa goyah dengan beberapa isu rakyat yang selama ini mereka abaikan.
Isu yang paling hangat diperkatakan di Kelantan adalah masalah bekalan air bersih.
Rakyat Kelantan bukan sahaja kerap mengalami gangguan bekalan air tetapi air yang dibekalkan juga tidak bersih.
Sehingga menjadi bahan sindiran seluruh negara, kalau hendak minum teh tarik percuma, datanglah ke Kelantan.
Masalah bekalan air ini sudah berlarutan berpuluh tahun.
Namun setiap kali isu ini dikemukakan kepada kepimpinan PAS Kelantan, jawapan yang diberi tidak menampakkan komitmen mereka.
Terkini respon dari Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah menunjukkan sikap sambil lewa beliau atas masalah rakyat.
Percaya atau tidak, Mohd Amar menyalahkan UMNO atas masalah air di Kelantan yang sudah berlarutan sejak tahun 1990 lagi.
Persoalannya, apakah usaha yang sudah dilakukan oleh PAS Kelantan yang memerintah sejak 1990 untuk selesaikan masalah itu?
Bila Menggelabah, Pak Lebai Kembali Melatah
Disyorkan Untuk Anda :
- Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir
- PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman
- Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan
- Usaha Pembangkang Cuba Menimbulkan Ketegangan Politik Melaka Terbongkar
- Taufiq Ayman Bakal Di Dakwa, Mahathir Akan Di Siasat, Kes SRC Di Bicarakan Semula?
- Siapa Yang Hantar Dedak Kepada RPK Untuk Hentikan Pendedahan Konspirasi SRC?
Lawati Laman :