Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO

Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO

Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO

Persidangan Khas Perwakilan (EGM) UMNO dijadual akan diadakan pada 15 Mei 2022.

MKT UMNO memanggil perwakilan ke EGM adalah untuk meluluskan pindaan perlembagaan UMNO mengenai tempuh pemilihan parti.

Mengikut perlembagaan UMNO, pemilihan parti mesti dilakukan setiap 3 tahun.





Kali terakhir pemilihan parti UMNO diadakan ialah pada 30 Jun 2018.

Ini bermakna, mengikut perlembagaan UMNO, pemilihan seterusnya mesti diadakan selewat-lewatnya pada 30 Jun 2021.

Dalam PAU 2021, perwakilan UMNO meluluskan usul supaya pemilihan ditangguhkan 6 bulan dari tarikh 30 Jun 2021.

Dengan penangguhan itu, UMNO mesti melakukan pemilihan parti selewat-lewatnya pada 30 Disember 2021.

Tujuan perwakilan menangguhkan pemilihan parti adalah untuk mengelakkan dari berlaku perpecahan dalaman sebelum PRU 15.





Namun hingga kini, belum ada tanda yang jelas Ismail Sabri akan bubarkan parlimen sebagaimana yang beliau janjikan dalam PAU 2021.

Singkir Mereka Dalam PRU 15

Maka MKT UMNO memutuskan supaya pindaan perlembagaan UMNO dipinda supaya pemilihan parti diadakan dalam masa 6 bulan selepas pilihanraya umum.

Sekiranya diluluskan dalam EGM, seluruh jentera dan kepimpinan parti boleh menumpukan perhatian kepada pilihanraya umum.

Namun ini membimbangkan musuh yang berada di luar dan di dalam UMNO sendiri.

Mereka cuba memberi tekanan kepada ROS supaya EGM ini dapat dihalang.





Namun mereka lupa, ROS mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sekiranya didapati UMNO melanggar perlembagaan sendiri.

Tetapi sekiranya pindaan perlembagaan dilakukan mengikut ketetapan perlembagaan parti, ROS tiada kuasa untuk campurtangan.

Mereka cuba memberi tekanan kepada ROS supaya mendesak UMNO melakukan pemilihan parti sebelum 30 Disember 2021.

Perancangan mereka adalah untuk melewatkan PRU 15 sehingga ke akhir penggal, iaitu Mei 2023.

Tujuan mereka adalah supaya kepimpinan UMNO dapat ditukar disamping memberi waktu yang lebih untuk mereka hadapi PRU 15.





Alasan yang mereka mahu ROS gunakan ialah, parti lain seperti DAP, PAS dan PKR tiada masalah mengadakan pemilihan parti sebelum PRU 15.

Selepas berjaya mengawal badan penguatkuasaan dan perundangan negara, kini mereka cuba mengawal ROS supaya bertindak mengikut kepentingan mereka.

Sampai bilakah rakyat Malaysia mahu membiarkan kepincangan pentadbiran negara berlaku.

Tidak sukar mengenali mereka dan singkirkan mereka dalam PRU 15 nanti supaya pemutihan pentadbiran negara kita dilakukan sepenuhnya.

 





Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker