City bina tugu rai gol emas Aguero

City bina tugu rai gol emas Aguero
Aguero (kiri) menjaringkan gol kemenangan City ketika menentang QPR pada 2012.

City bina tugu rai gol emas Aguero

LONDON: Sergio Aguero mengakui dia bersyukur selepas Manchester City akan menayangkan tugu untuk meraikan gol paling popular yang dijaringkan penyerang itu.

Aguero meledak gol paling diingati menentang Queens Park Rangers (QPR) dalam masa tambahan di Stadium Etihad pada 2012 untuk membantu pasukan itu merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Jaringan pada minit ke-93 itu membolehkan City menjulang kejuaraan liga buat kali pertama sejak 1968 dan lebih manis menafikan seteru tetangga mereka, Manchester United daripada menjadi juara pada hari terakhir musim.

Aguero meledak 260 gol buat City sebelum menyertai Barcelona pada tahun lalu namun sekalipun terpaksa bersara susulan masalah jantung, dia tetap bergelar legenda bersama City.





Ukiran terbabit difahamkan berbentuk gaya Aguero melibas jersinya selepas menjaringkan gol berdepan QPR yang akan didedahkan secara rasmi hari ini.

“Saya memenangi pelbagai trofi sepanjang 10 tahun bersama City dan berjaya membantu mereka menjadi antara pasukan terbesar di dunia.”

Pengerusi City, Khaldoon Al Mubarak mengakui amat penting untuk mengiktiraf jaringan yang disifatkan membawa makna yang begitu besar dalam sejarah kelab itu.

“Saya rasa itulah detik yang mengubah segalanya. Kalau anda lihat apa yang berlaku sepanjang 10 tahun ini, itulah titik permulaannya.

“Dia (Aguero) layak menerima pengiktirafan sebagai legenda pasukan ini,” tambahnya. -AFP





Aguero menangis gantung but

City bina tugu rai gol emas Aguero


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker