Clement lakar kejutan raih emas

Clement lakar kejutan raih emas
Pemenang pingat emas acara Wushu katagori Changquan Lelaki, atlet Wushu Malaysia, Clement Ting ketika beraksi di Cau Giay Gymnasium pada Sukan SEA 31, Hanoi. – Foto Eizairi Shamsudin

Clement lakar kejutan raih emas

HANOI: Atlet wushu negara, Clement Ting mencipta kejutan apabila menggondol pingat emas dalam acara changquan lelaki di Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Persembahan kemas Clement menyaksikan dia meraih 9.70 mata daripada juri di Gimnasium Cau Giay di sini, sekali gus menyumbang pingat emas ke-10 kontinjen negara.

Clement ketika beraksi dalam acara Changquan di Cau Giay Gymnasium, Hanoi hari ini. NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Atlet dari Singapura, Jowen Lim mengutip mata yang sama tetapi terpaksa berpuas hati dengan perak susulan darjah kesukaran bagi rutin yang lebih rendah.

Seraf Naro dari Indonesia melengkapkan podium apabila catatan 9.69 mata membolehkan dia meraih gangsa.





Seorang lagi atlet Malaysia, Yeap Wai Kin menamatkan saingan di tempat keempat dengan 9.68 mata.

Siam, not Kedah, lost Penang to the British, says expert

Clement lakar kejutan raih emas


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker