Ismail Sabri bertemu pegawai kanan syarikat utama AS

Ismail Sabri bertemu pegawai kanan syarikat utama AS
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri Penglibatan Dengan Majlis Perniagaan AS-ASEAN (USABC) dan Dewan Perniagaan, Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo dan Duta Wakil Perdagangan AS Katherine Tai, pada Khamis (waktu tempatan). – Foto BERNAMA
Ismail Sabri bertemu pegawai kanan syarikat utama AS

Ia termasuk syarikat Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insulet.

Ismail Sabri yang tiba di sini Rabu lalu, dalam lawatan kerja selama empat hari ke Amerika Syarikat.

Pegawai-pegawai kanan itu termasuk Presiden Boeing untuk Asia Tenggara, Alexander Feldman, Ketua Dasar Persekutuan Tesla, Hasan Nazar, Naib Presiden Korporat Hal Ehwal Awam Micron, Courtney Geduldig.

Presiden bagi Asia Pasifik, Jepun dan China di Cisco, Dave West, Naib Presiden Hal Ehwal Kerajaan dan Dasar Awam Google, Karan Bhatia serta Naib Presiden dan Ketua Perhubungan Kerajaan Global Texas Instrument, Steve Bonner.

Turut hadir, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali serta Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Antara lain, beliau menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman antara Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) Malaysia dan tiga entiti Amerika, iaitu World Innovation, Technology and Services Alliance (WITSA), Accenture PLC dan Human Resource Certification Institute (HRCI).





Perdana Menteri turut menyaksikan penyerahan Surat Niat (LoI) oleh MyDigital Corporation Malaysia kepada empat syarikat Amerika iaitu Cisco Systems Inc; Intel Corporation; Microsoft Corporation dan Micron Technology Inc serta penyerahan surat kelulusan daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) kepada Advanced Micro Devices Inc untuk pengembangan syarikat itu di Malaysia.

Kemudian, Ketua Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Dawood memberitahu media Malaysia bahawa tiga MoU yang dimeterainya akan membolehkan latihan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

“Modul latihan dan kepakaran mereka (Amerika) kaya dengan kandungan dengan penggunaan teknologi terkini, yang juga aspek penting dalam pembangunan tenaga kerja. Pendedahan sedemikian akan meningkatkan permintaan tenaga kerja kita di peringkat serantau dan antarabangsa,” katanya.

Setiausaha HR Certification Institute, Gardiner Hempel pula berkata, mereka bersedia membantu membangunkan tenaga kerja Malaysia untuk semua industri.

Setiausaha Agung World Information Technology and Services Alliance (WITSA), Dr James Poisant berkata, latihan mereka memberi tumpuan kepada bagaimana teknologi dapat membantu meningkatkan kehidupan manusia.





“Ia adalah bagaimana untuk membantu orang ramai bagi manfaat mereka,” katanya.

Pengarah Urusan Accenture, Allison M Hord berkata, syarikatnya bersedia untuk berkongsi latihan meningkatkan kemahiran dan melatih semula dengan Malaysia. – BERNAMA

Kepimpinan FAM bertemu Perdana Menteri

Ismail Sabri bertemu pegawai kanan syarikat utama AS






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker