Kane benam Arsenal

Kane benam Arsenal
Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane (tengah) dan Son Heung-min meraikan jaringan pada aksi menentang Arsenal di Stadium Tottenham Hostpur. – REUTERS

Kane benam Arsenal

LONDON: Harry Kane meledak dua gol untuk membantu Tottenham menewaskan Arsenal yang bermain dengan 10 pemain 3-0 sekali gus terus menyalakan peluang bagi perebutan empat tempat teratas Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Skuad bimbingan Antonio Conte itu akan tersingkir daripada persaingan ke Liga Juara-Juara musim depan sekiranya tewas di tangan jiran tetangga itu.

Namun, Kane terus menjadi ‘mimpi ngeri’ buat The Gunners apabila membuka jaringan menerusi sepakan penalti yang kontroversi pada minit ke-22.

Arsenal dirundung malang apabila pemainnya, Rob Holding dilayangkan dua kad dalam tempoh tujuh minit yang memaksa pemain itu meninggalkan padang pada minit ke-33.





Pemain Tottenham, Ryan Sessegnon (kanan) cuba menghalang pemain Arsenal, Bukayo Saka. – Foto EPA

Kane terus melebarkan jurang sebelum babak pertama berakhir dan Son Heung Min menambah gol ketiga Spurs, dua minit selepas babak kedua bersambung.

Keputusan itu menyaksikan perebutan tempat ke pentas elit Eropah musim depan terus sengit dan Arsenal kini hanya berkelebihan satu mata mengatasi Spurs ketika saingan liga berbaki dua perlawanan lagi.

Bagi menentukan pemilik slot terbabit, Tottenham akan berdepan Burnley dan pasukan yang sudahpun tersingkir, Norwich sementara Newcastle dan Everton akan menanti anak buah Mikel Arteta. -AFP

Kane benam Arsenal
Pemain Arsenal, Granit Xhaka (kiri) dilayangkan kad kuning oleh pengadil perlawanan, Paul Tierney. – Foto REUTERS

Kane benam Arsenal


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker