Mahkamah lepas, bebas Serba Dinamik, pengurusan kanan

Mahkamah lepas, bebas Serba Dinamik, pengurusan kanan

Mahkamah lepas, bebas Serba Dinamik, pengurusan kanan

KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas bersepadu, Serba Dinamik Holdings Berhad (Serba Dinamik) dan pegawai serta pengurusan tertingginya, hari ini masing-masing dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan mengemukakan pernyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad.

Mereka terdiri daripada Pengarah Eksekutif Bukan Bebas, Datuk Syed Nazim Syed Faisal, 41; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah, 58; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Azhan Azmi, 39; serta Timbalan Presiden Akaun dan Kewangan, Muhammad Hafiz Othman, 37.

Perkara itu disahkan ketika sebutan kes berkenaan yang dibuat secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen iaitu Emelia Kaswati Mohd Khalid, Kamarudin Kamsun, Ahmad Kamar Jamaluddin dan Datin Sabariah Othman, susulan Serba Dinamik mengumumkan syarikat dan empat tertuduh membuat penyelesaian penuh kompaun kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC).





Pembayaran penuh berkenaan dibuat pada Isnin lalu, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM16 juta dengan Serba Dinamik, Syed Nazim, Mohd Abdul Karim, Azhan dan Hafiz masing-masing menjelaskan kompaun RM3 juta.

Mahkamah turut memerintahkan wang jaminan dan pasport dikembalikan kepada semua tertuduh.

Turut hadir pada prosiding kes, Timbalan Pendakwa Raya SC, Hashley Tajudin, Zul’aida Zulkifli dan Izzat Fauzan serta Pegawai Pendakwa SC, Mohd Izuddin Mohamad.
Serba Dinamik selaku Orang Kena Saman (OKS) serta empat tertuduh pula diwakili peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Wan Aizuddin Wan Mohammed dan Farhan Read.

Terdahulu, Hashley mencadangkan OKS dan tertuduh dilepas serta dibebaskan selepas pembayaran kompaun dibuat mengikut arahan Pejabat Peguam Negara.

“Kita membuat permohonan itu untuk pendakwaan ditarik balik mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.





“Kami tiada niat untuk meneruskan kes ini, maka pihak pendakwaan mencadangkan mereka dilepas dan dibebaskan, itu sahaja,” katanya.

Sebelum ini Hasley dilaporkan berkata, Pejabat Peguam Negara menerima representasi yang dikemukakan oleh syarikat itu dan empat tertuduh berkenaan pada 7 April lalu, selepas ia dihantar pada 17 Mac lalu.

Serba Dinamik, Syed Nazim, Azhan serta Muhammad Hafiz selaku tertuduh didakwa pada 28 Disember lalu, dengan niat untuk menipu, dengan mengemukakan pernyataan palsu yang terkandung dalam ‘Serba Dinamik Holdings Berhad’s Quarterly Report on the Consolidated Results for the Quarter and Year Ended 31 December 2020’.

Mohd Abdul Karim didakwa atas kesalahan sama keesokannya.

Mereka menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 369(a)(B) dibaca bersama seksyen 367(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dan boleh dihukum mengikut seksyen 369 akta sama.





Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda maksimum RM3 juta jika disabitkan kesalahan.

Pejabat Peguam Negara terima representasi dikemuka Serba Dinamik

Mahkamah lepas, bebas Serba Dinamik, pengurusan kanan


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker