Mayat kru kapal layar ditemui terapung

Mayat kru kapal layar ditemui terapung
Ibu mangsa, Norhayati Saad, 60, menahan sebak ketika membuat pengecaman mayat kru kapal layar, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 24, yang ditemui terapung kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi kejadian di perairan Kuah, Langkawi. – Foto HAMZAH OSMAN

Mayat kru kapal layar ditemui terapung

LANGKAWI: Pencarian kru kapal layar yang dilaporkan hilang selepas terjatuh daripada sebuah bot di perairan Kuah di sini, petang kelmarin, berakhir apabila mayat mangsa ditemui lemas, pagi tadi.

Mayat mangsa, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 24, ditemukan terapung oleh orang awam kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi kejadian pada jam 7.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata mayat mangsa ditemui sekumpulan orang awam sebelum menghubungi polis.

“Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) sudah diarah ke titik koordinat bagi proses pengambilan mayat dan dibawa ke Jeti Marble di sini.





“Pengecaman mayat dilakukan oleh bapa, ibu dan kakak mangsa, sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Shariman berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan Pangkalan Hadapan Carilamat ditutup jam 9 pagi tadi.

Sementara itu, bapa mangsa, Ibrahim Majid, 68, ketika ditemui berkata, dia dan keluarganya yang tiba dari Alor Setar sejak semalam, reda dengan pemergian anak bongsunya itu.

“Alhamdulillah. Hari ini selesai semuanya selepas mayat ditemui dan saya dan isteri, Norhayati Saad, 60, serta keluarga telah membuat keputusan untuk kebumikan jenazah arwah di sini (Langkawi),” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kru kapal layar, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 24, dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas terjatuh daripada sebuah bot di perairan Kuah di sini, jam 5 petang Rabu.





Ketika kejadian mangsa dilaporkan terlewat hadir bertugas dan mengemudi bot bersendirian dari Jeti Marble dan cuba mengejar kapal layar di kawasan berhampiran.

Nelayan yang dalam perjalanan pulang menemui sepasang selipar dan satu topi terapung berhampiran bot kecil sebelum mendapat pertolongan rakan dan menghubungi polis.

Kru kapal layar dikhuatiri lemas selepas jatuh laut

Mayat kru kapal layar ditemui terapung


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker