NOORKHIRIAH BERHASRAT BINA SURAU DI STESEN MINYAK

"SAYA TAK KAYA TAPI SAYA NAK TINGGALKAN SESUATU SEBELUM MENINGGAL"

NOORKHIRIAH BERHASRAT BINA SURAU DI STESEN MINYAK

NOORKHIRIAH BERHASRAT BINA SURAU DI STESEN MINYAK

“Tolong sesiapa yang tahu ya. Terfikir nak buat begini pasal saya ada penggambaran di satu lokasi. Nak menangis dik, majoriti tak ada surau di stesen minyak. Akhirnya dapat tetapi itupun berebut dengan adik (lelaki) pekerja Grab Food,” demikianlah kata pelakon Noorkhiriah yang meluahkan hasrat untuk membina sebuah surau kecil di mana-mana stesen minyak yang tidak menyediakan kemudahan tersebut.

Noorkhiriah berkongsikan perkara itu berikutan sukar mencari surau ketika berada di sebuah lokasi penggambaran. Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Noorkhiriah berkata dia seperti mahu menangis kerana tidak berjaya mencari surau berdekatan untuk mendirikan solat namun tidak mendedahkan lokasi tersebut.

Tambahnya lagi, dia mahu meninggalkan ‘sesuatu’ sebelum menghembuskan nafas terakhir. Selain itu, Noorkhiriah turut meminta pengikutnya memaklumkan kepadanya jika mereka mengetahui mana-mana stesen minyak yang tidak memiliki kemudahan surau kerana dia mahu membina surau di sekitar kawasan Kuala Lumpur atau berdekatan dengan tempat tinggalnya.





“Setakat surau kecil akak mampulah, yang besar belum. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Saya tak kaya tapi saya nak tinggalkan sesuatu sebelum meninggal. Moga usaha kecil saya ini Allah permudahkan,” luahnya.

Perkongsian pelakon itu mendapat reaksi positif daripada netizen yang berkongsikan maklumat kepadanya. Malah, ada yang meluahkan hasrat utnuk menyalurkan dana untuk kemudahan tersebut.

NOORKHIRIAH SEBAK, LUAH SYUKUR BERJAYA KHATAM AL-QURAN





NOORKHIRIAH BERHASRAT BINA SURAU DI STESEN MINYAK

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.

Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker