Pukul polis dengan penyapu, wanita didenda RM3,000

Pukul polis dengan penyapu, wanita didenda RM3,000
MELAKA: Seorang wanita didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memukul anggota polis dengan batang penyapu hingga cedera di muka.
Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hasrina Osman, 42, selepas tertuduh mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Mazana dalam penghakimannya menetapkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda itu.
Hasrina didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Koperal Muhammad Taufik Sayutin ketika pengadu melakukan tugas sebagai penjawat awam yang sah.
Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira jam 10.45 malam di 536-B Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya dalam daerah Melaka Tengah, 7 Mei lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian tertuduh dilaporkan mengamuk dengan memecahkan barang dan menyuruh abangnya menghantarnya ke rumah ibu mereka di Paya Jaras, Selangor.
Abangnya yang tidak dapat mengawal keadaan, menghubungi Balai Polis Banda Hilir untuk mendapatkan bantuan sebelum dua anggota ‘task force’ tiba.
Anggota terbabit cuba mententeramkan keadaan, namun tertuduh bertindak agresif dengan mencederakan seorang daripada anggota dengan batang penyapu sehingga cedera di muka sebelum ditangkap.
Terdahulu, peguam Muhammad Izzuddin Ab Malek daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan merayu hukuman tertuduh diringankan dengan alasan pengakuan bersalah anak guamnya menjimatkan masa dan kos mahkamah.
Katanya, tertuduh yang masih bujang dan tidak bekerja menyesali tindakannya dan berjanji tidak mengulanginya.
Timbalan Pendakwa Raya, Sharina Farhana Nor Sa’ari, memohon hukuman setimpal atas faktor keseriusan kes membabitkan mangsa penjawat awam dan kecederaan dialaminya.
Pukul polis dengan penyapu, wanita didenda RM3,000
Disyorkan Untuk Anda :
- Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir
- PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman
- Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan
- Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO
- Bila Menggelabah, Pak Lebai Kembali Melatah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.
Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri