3 Watak Yang Cuba Melaga-Lagakan Sulaiman Dan Rauf Di Melaka

3 Watak Yang  Cuba Melaga-Lagakan Sulaiman Dan Rauf Di Melaka

3 Watak Yang  Cuba Melaga-Lagakan Sulaiman Dan Rauf Di Melaka

BARISAN Nasional (BN) Melaka berjaya merampas kembali pentadbiran negeri daripada Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, apabila berjaya memperoleh 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.

Ramai yang berpendapat, kejayaan cemerlang BN pada PRN itu adalah disebabkan keyakinan rakyat sudah kembali kepada BN, terutama pengundi muda serta atas pagar.

Mungkin ramai tidak menyedari, antara yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan cemerlang BN itu adalah Ab Rauf Yusoh, yang menjadi `Panglima Perang’ pada ketika itu.





Selaku Pengerusi BN, Ab Rauf dilihat sangat komited dalam memastikan kemenangan bergaya BN dalam PRN itu.

Sejurus menang, Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka dilihat sangat berjiwa besar apabila merestui rakan seperjuangannya, Sulaiman Md Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ramai yang tidak mengetahui, hubungan Abd Rauf dengan Sulaiman sangat akrab sejak dulu lagi.

Sebelum aktif dalam politik Melaka, Abd Rauf sering bertemu dengan Sulaiman, malah Abd Rauf sendiri telah mencadangkan kepada pucuk kepimpinan UMNO untuk menamakan Sulaiman sebagai calon bagi kerusi DUN Lendu pada PRU-13.

Abd Rauf juga mencadangkan Sulaiman sebagai Ketua Menteri Melaka ke-12 apabila BN bersama beberapa ADUN PN mengambil alih pemerintahan negeri daripada PH pada Mac 2020, dan merestui Sulaiman dilantik semula sebagai Ketua Menteri selepas PRN, November tahun lalu.





Perjalanan pentadbiran negeri di bawah Sulaiman berjalan lancar, sehingga baru-baru ini timbul isu berkaitan ‘paksaan’ kononnya Sulaiman sudah diarah untuk menandatangani dokumen perjanjian supaya melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat.

Isu yang mula dibangkitkan DAP pada awal tahun ini, disambut pula Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Mohamad Ali Mohamad, baru-baru ini, sekali gus menjadikannya sebagai punca kepada pergolakan politik terbaharu di Melaka.

Dalam isu yang dibangkitkan itu, jelas menunjukkan kononnya Ab Rauf yang dikatakan merancang supaya satu perjanjian bertulis dibuat bagi tujuan peralihan kuasa daripada Sulaiman, yang dikatakan bakal dilaksanakan pada penghujung Jun ini.

Rentetan itu, bagi menguatkan lagi dakwaan atau tohmahan yang dibuat itu, Mohamad Ali sekali lagi tampil bersama dua lagi Ketua UMNO Bahagian iaitu Hasan Abd Rahman (Jasin) dan Rospandi Leman (Alor Gajah) dalam satu forum yang disiarkan secara atas talian baru-baru ini.

Dalam forum berkenaan, sangat jelas mereka bertiga sepakat memburukkan kepimpinan Rauf sebagai Pengerusi UMNO Melaka dengan menimbulkan beberapa perkara yang kononnya gagal dilaksanakan Abd Rauf sepanjang menjawat jawatan itu.





Tanpa menyebutkan nama, diskusi mereka bertiga itu dilihat hanya menujukan semua kesalahan serta perancangan untuk `memaksa’ Sulaiman itu diatur oleh Abd Rauf, sedangkan sebelum ini tiada satu pun dakwaan seumpama itu disebarkan dalam mana-mana platform berkaitan isu terbabit.

Persoalannya sekarang, dalam situasi yang berlaku sekarang, siapa yang nak menjatuhkan siapa sebenarnya?

Adakah Abd Rauf yang mahu menjatuhkan Sulaiman sebagai Ketua Menteri, atau Mohamad Ali yang mahu menjatuhkan Abd Rauf sebagai Pengerusi UMNO Melaka?.

Ramai yang tahu, Mohamad Ali sejak tewas pada PRN lalu sangat bercita-cita untuk menggantikan Abd Rauf sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka.

Malah beliau dikatakan sering bertemu dengan beberapa pemimpin UMNO di peringkat Pusat bagi mencapai cita-citanya itu.





Malah, beliau juga menjadikan DS Najib sebagai sandaran semata-mata mahu menumpang populariti bekas PM itu untuk membuktikan kepada rakyat kononnya beliau sangat rapat dengan pemimpin atasan UMNO.

Beliau sebenarnya bukan ‘siapa-siapa’ dalam politik di Melaka.

Awal pembabitannya dalam politik di Melaka adalah selepas BN kalah dalam PRU ke-14 yang lalu, apabila beliau sepakat untuk merampas kuasa sebagai Ketua UMNO bahagian Tangga Batu daripada bekas KM, Idris Haron.

Pelbagai dakyah dibuat untuk menjatuhkan Idris ketika itu, termasuk berkaitan duit tabung UMNO Bahagian Tangga Batu yang dikatakan ‘disonglap’ Idris, selain beberapa isu lain yang dibangkitkan beliau.

Itulah titik permulaan Mohamad Ali berkecimpung dalam dunia politik, dengan menggunakan ‘jalan pintas’ untuk mendapatkan kuasa.





Pengalaman itu digunakan sekali lagi hari ini apabila beliau cuba menjatuhkan Abd Rauf dengan menggunakan kaedah ‘reka cerita’.

Dengan hanya mencipta situasi kononnya berlaku hubungan dingin Rauf-Sulaiman, rentetan pemilihan Sulaiman selaku ADUN Lendu sebagai Ketua Menteri Melaka.

Namun, satu tamparan hebat diterima Mohamad Ali bersama dua lagi Ketua bahagian UMNO iaitu Hasan dan Rospandi, apabila Sulaiman dengan jelas menafikan sudah melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sulaiman menganggap isu yang dibangkit pihak tertentu itu sebagai satu fitnah jahat untuk mengganggu gugat kestabilan politik serta kerajaan negeri yang diterajuinya selepas PRN lalu.

Jelas sekali, isu yang dibangkitkan Mohamad Ali dan rakan-rakannya itu adalah omongan kosong serta tohmahan yang ‘maha dahsyat’ semata-mata mahu menjatuhkan Rauf menerusi ‘pintu belakang’.

Sekali gus dapat menggapai kuasa politik seperti yang diidam-idamkannya itu.

Kepada rakyat Melaka, berhati-hatilah untuk berketuakan insan seperti ini.

Seperti dialog P Ramlee dalam filem Sarjan Hassan:

“Dengar sini kawan-kawanku sekampung, aku berharap, janganlah hendaknya ada lagi manusia seperti ini dalam tanah air kita”.

“Kerana, manusia seperti inilah yang akan merosakkan keturunan kita”.

 

3 Watak Yang Cuba Melaga-Lagakan Sulaiman Dan Rauf Di Melaka

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker