AIMAN TINO AKUI KALI TERAKHIR JUMPA JANUARI LALU

TERKEJUT TEMAN SEKOLAH MANGSA RENTUNG

AIMAN TINO AKUI KALI TERAKHIR JUMPA JANUARI LALU

“Salam takziah buat keluarga Allahyarham Mohammad Nasrun Aidol. Sama-sama kita berdoa agar roh mereka tempatkan bersama orang-orang yg Soleh dan Beriman. Al-fatihah 🤲🏾,” tulis penyanyi Aiman Tino yang terkejut salah seorang daripada lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam nahas di Kilometer (KM) 245.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, dekat Terowong Menora, Ipoh tengah malam tadi, adalah kenalannya.

Penyanyi lagu ‘Ku Rela Dibenci’ itu memuat naik entri di laman Instagram (IG) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Nasrun dan empat lagi mangsa terkorban.

Aiman memberitahu, Allahyarham Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor, adalah sahabatnya sejak sekolah rendah dan kali terakhir mereka bertemu pada Januari lalu.





“Kami kenal sejak belajar di Sekolah Rendah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baharu. Kali terakhir kami berjumpa adalah apabila arwah datang ke rumah keluarga saya di Kuala Kubu Bharu untuk membeli manisan Nutella Pod yang saya jual, awal tahun ini,” katanya.
Aiman atau nama penuhnya, Muhammad Aiman Yusri, berkata dia mendapat tahu mengenai nahas membabitkan arwah Muhammad Nasrun dan empat rakannya yang lain kira-kira jam 1 pagi tadi.

“Abang saya hantar mesej melalui WhatsApp mengenai kemalangan itu awal pagi tadi. Saya amat terkejut dan tidak sangka semua ini boleh terjadi sekelip mata,… Allah lebih menyayanginya. Salam takziah untuk keluarga arwah dan mangsa lain,” tuturnya.

Difahamkan, sejak di bangku sekolah, Aiman dan Allahyarham Muhammad Nasrun masing-masing meminati bidang seni dan pernah menyertai pertandingan nasyid.





“Kami pernah sertai pertandingan nasyid. Kami suka dengan dunia muzik. Arwah pandai menulis lirik lagu bercorak nasyid dan ketuhanan dan selalu berkongsi karyanya dengan saya,” katanya.

Selain Muhammad Nasrun, empat mangsa lain yang terkorban adalah Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.

Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).

Semua pelajar itu difahamkan sedang keluar kawasan atau ‘outing’ ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam.





 

Nur Aiman bermula baik saingan Jelajah Thailand

AIMAN TINO AKUI KALI TERAKHIR JUMPA JANUARI LALU


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker