AS berkabung catat sejuta kematian akibat COVID-19

AS berkabung catat sejuta kematian akibat COVID-19
Bendera Amerika Syarikat dikibarkan separuh tiang sebagai tanda berkabung kerana jumlah kematian akibat COVID-19 sudah melebihi sejuta mangsa di negara itu. – Foto AFP

AS berkabung catat sejuta kematian akibat COVID-19

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) berkabung memperingati kehilangan sejuta nyawa rakyatnya kepada COVID-19, dengan Presiden AS, Joe Biden, menyifatkannya sebagai tragedi kemanusiaan terbesar.

AS terus kekal sebagai negara paling terjejas di dunia akibat coronavirus dengan mencatat 84,066,379 kes jangkitan dan 1,026,109 kematian setakat ini.

Menurut kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, Biden menyifatkan setiap kehilangan nyawa itu sebagai sesuatu yang tiada galang ganti.

“Setiap nyawa ini meninggalkan sebuah keluarga, satu masyarakat dan negara ini berubah buat selamanya akibat pandemik ini.





“Namun, negara kita tidak boleh tergugat akibat pandemik ini. Walaupun kita bersedih jangan alpa terhadap ancaman wabak ini,” katanya.

Biden juga menggesa segala usaha dilakukan bagi menyelamatkan sebanyak mungkin nyawa kerana kini sudah ada lebih banyak kaedah bagi ujian, penghasilan vaksin dan rawatan berbanding awal pandemik.

Data terkini menunjukkan jangkitan COVID-19 global kini sudah menghampiri 520 juta jangkitan termasuk hampir 6.3 juta kematian di 226 negara serta wilayah di seluruh dunia, sejak COVID-19 mula dikesan pada akhir 2019 di Wuhan, China. – AGENSI

RAJA ILYA KATA SEJUTA ‘FOLLOWER’ SESUATU MENGARUT, TAK MASUK AKAL





 

AS berkabung catat sejuta kematian akibat COVID-19


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker