Israel lancar serangan udara, 5 maut di Syria

Israel lancar serangan udara, 5 maut di Syria
(Gambar fail) Foto hiasan – FOTO AFP

Israel lancar serangan udara, 5 maut di Syria

DAMASCUS: Israel melancarkan serangan udara ke atas tengah Syria menyebabkan lima maut, termasuk seorang penduduk awam, lapor media negara ini, semalam.

“Israel melancarkan serangan udara dengan letupan sejumlah peluru berpandu, membabitkan beberapa sasaran di wilayah tengah.

“Serangan itu mengakibatkan lima terkorban,” lapor agensi berita rasmi, SANA yang memetik sumber pihak tentera.

Sumber itu turut dipetik berkata, tujuh lagi mangsa cedera termasuk seorang kanak-kanak, selain kemusnahan material dalam kejadian berkenaan.





Dalam pada itu pemantau perang, Syrian Observatory for Human Rights pula memaklumkan, empat kru pertahanan udara meliputi seorang leftenan maut, manakala tujuh lagi tentera cedera.

“Pesawat tempur Israel melancarkan sekurang-kurang lapan peluru berpandu ke atas depoh senjata serta tapak Iran di kawasan Masyaf di wilayah Hama,” menurut badan pemantau itu yang berpangkalan di Britain dan bergantung pada rangkaian sumber meluas di Syria.

Insiden terbaru itu menyusuli serangan pada 27 April lalu yang menurut pemantau berkenaan, mengorbankan 10 pejuang termasuk enam tentera Syria.

Katanya, sebuah depoh peluru dan beberapa kedudukan berkait kehadiran tentera Iran di Syria merupakan antara sasaran serangan terbabit.

Media kerajaan di Syria pula mengesahkan empat terkorban dalam serangan berkenaan.





Sementara itu, tentera Israel memberitahu AFP, semalam, pihaknya tidak memberi komen atas laporan media asing. – AFP

24 dihukum mati di Syria kerana mulakan kebakaran hutan

 

Israel lancar serangan udara, 5 maut di Syria


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker