MARIA FARIDA: “JUJUR SAYA TIDAK BERAPA NAK AMBIL APA-APA MISALNYA PRODUK ANTI-PENUAAN…”

MARIA FARIDA: "JUJUR SAYA TIDAK BERAPA NAK AMBIL APA-APA MISALNYA PRODUK ANTI-PENUAAN..."

MARIA FARIDA: “JUJUR SAYA TIDAK BERAPA NAK AMBIL APA-APA MISALNYA PRODUK ANTI-PENUAAN…”

“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat, cuma saya berasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-penuaan dan sebagainya.

“Mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu menjadi seorang yang positif. Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” ujar pelakon Datin Seri Maria Farida, 53, yang mengakui dia tidak mempunyai sebarang penjagaan khusus untuk kekal awet muda.

Maria berkata, dia memilih untuk menjalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan. Berkongsi mengenai sambutan 1 Syawal baru-baru ini, Maria berkata, Aidilfitri kali ini disambut dengan apa adanya selain masih berhati-hati dengan penularan C0V1D.





“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, virus C0V1D masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.

“Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (C0V1D). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.

“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada virus berkenaan,” katanya.





Maria Chin Di Hukum Penjara

MARIA FARIDA: “JUJUR SAYA TIDAK BERAPA NAK AMBIL APA-APA MISALNYA PRODUK ANTI-PENUAAN…”


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 

 





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker