Saudi Aramco atasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia

Saudi Aramco atasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia
Logo Saudi Aramco di loji minyak milik syarikat itu di Abqaiq, Arab Saudi. – Foto REUTERS

Saudi Aramco atasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia

SAN FRANCISCO: Saudi Aramco semalam mengatasi Apple menjadi syarikat paling bernilai di dunia ketika lonjakan harga minyak mendorong kenaikan harga saham dan menyaksikan kemerosotan saham teknologi.

Syarikat petroleum dan gas asli Arab Saudi itu diiktiraf syarikat pengeluar minyak terbesar dunia bernilai AS$2.42 trilion (RM10.6 trilion) berdasarkan harga sahamnya sebelum pasaran ditutup.

Dalam pada itu, Apple menyaksikan penurunan harga sahamnya sepanjang bulan lalu sehingga susut kepada AS$2.37 trilion (RM10.4 trilion).

Harga saham syarikat itu tetap merosot biarpun Apple merekodkan keuntungan yang lebih baik daripada unjuran dalam tempoh tiga bulan pertama ini.





Namun, Apple memberi amaran bahawa penutupan China akibat COVID-19 dan masalah rantaian bekalan yang berterusan akan menjejaskan hasil keuntungan suku bulan depan sehingga AS$4 hingga AS$8 bilion (RM17.5 hingga RM35 bilion).

Saudi Aramco baru-baru ini melaporkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 124 peratus bagi tahun lalu iaitu beberapa jam selepas kumpulan pemberontak Yaman menyerang fasilitinya sehingga menyebabkan ‘gangguan pengeluaran’.

Menurut kenyataan Saudi Aramco, ketika ekonomi dunia mula pulih daripada pandemik coronavirus, pendapatan bersih syarikat itu meningkat 124 peratus kepada AS$110 bilion (RM483 bilion) pada tahun lalu berbanding AS$49 bilion (RM215 bilion) pada 2020.

Arab Saudi sebelum ini berdepan tekanan untuk meningkatkan pengeluaran bekalan selepas Russia menyerang Ukraine dan sekatan besar-besaran terhadap Moscow menjejaskan pasaran tenaga global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser, berkata hala tuju syarikat masih tidak menentu disebabkan oleh ‘faktor geopolitik’. – AFP





Najib: Saya Setuju Debat Dengan Anwar, Let’s Rock

 

Saudi Aramco atasi Apple sebagai syarikat paling bernilai di dunia


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392





Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker