Skuad gimnastik artistik negara terlepas pingat gangsa

Skuad gimnastik artistik negara terlepas pingat gangsa
HANOI: Kekecewaan jelas terpancar pada wajah gimnas artistik negara apabila terlepas peluang meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara berpasukan pada Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Quan Ngua, di sini hari ini.
Ketika skuad negara dibarisi Luqman Al Hafiz Zulfa, Ng Chun Chen, Zulbahrin Mat Asri, Tan Fu Jie, Teoh Chuen Feng dan Muhammad Sharul Aimy sudah berkira-kira pingat gangsa dalam genggaman, bantahan dilakukan pasukan lawan menafikan hasrat mereka itu.
Skuad bimbingan Ng Shu Liang itu sekadar mengutip keseluruhan 295.850 mata.
Pingat emas dimenangi pasukan tuan rumah, Vietnam yang mengumpul 331.250 mata manakala Filipina dan Singapura masing-masing meraih perak dan gangsa setelah mengutip 301.600 dan 297.650 mata.
Ketika ditemui pemberita, Ng berkata beliau tetap berpuas hati dengan prestasi anak buahnya yang majoriti pertama kali membuat penampilan pada temasya Sukan SEA biarpun gagal meraih pingat.
Beliau berkata prestasi ditampilkan barisan gimnas negara memberi petanda positif mereka berpotensi menghasilkan keputusan yang lebih baik pada kejohanan akan datang.
“Tumpuan kita selepas ini dalam acara all-around individu. Luqman dan Chun Chen yang pertama kali menyertai Sukan SEA juga menunjukkan prestasi yang baik dan saya harap mereka dapat mempamerkan prestasi terbaik dalam acara tersebut,” kata Ng.
– BERNAMA
‘Saya akan rindu untuk bertanding’
Skuad gimnastik artistik negara terlepas pingat gangsa
Disyorkan Untuk Anda :
- Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir
- PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman
- Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan
- Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO
- Bila Menggelabah, Pak Lebai Kembali Melatah
Lawati Laman :
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Penderaaan rumahtangga : – Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.