Son beri khabar gembira kepada Salah

Son beri khabar gembira kepada Salah
Son meraikan jaringannya ketika menentang Arsenal kelmarin. – REUTERS

Son beri khabar gembira kepada Salah

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mendapat khabar gembira dalam misinya memburu kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas pencabar utamanya, Son Heung-min menegaskan dia tidak fokus kepada anugerah individu.

Salah kini mendahului senarai penjaring terbanyak selepas meledak 22 gol tetapi Son yang berada dalam prestasi menakjubkan, hanya ketinggalan satu gol.

Walaupun Son pasti gembira sekiranya memenangi kasut emas, fokus utamanya ketika ini adalah untuk membantu Tottenham menamatkan kempen musim ini dalam kelompok empat teratas dengan Spurs kini hanya ketinggalan satu mata di belakang Arsenal tatkala berbaki dua perlawanan.

Seperti yang dilaporkan oleh The Mirror, apabila ditanya mengenai kasut emas, Son berkata: “Ia tidak penting”.





Son menambah bahawa dia lebih suka untuk memastikan Tottenham layak ke Liga Juara-Juara daripada dia memenangi kasut emas.

Son yang menjaringkan gol ketika Tottenham menewaskan Arsenal 3-0 kelmarin kelihatan kecewa apabila pengurus Antonio Conte mengeluarkannya.

Bagaimanapun, penyerang itu yang meledak empat gol dalam empat aksi terakhir EPL memahami tindakan Conte yang mahu memastikan dirinya cergas untuk baki perlawanan Tottenham.

“Saya sentiasa tidak gembira jika dikeluarkan kerana saya mahu sentiasa berada di atas padang sebab saya suka bermain bola sepak dan saya mahu membantu pasukan.

“Saya faham kenapa kami perlu pulih dengan cepat untuk perlawanan seterusnya Ahad ini. Saya tidak boleh janji untuk menjaringkan gol tapi saya akan melakukan yang terbaik untuk pasukan, jika saya tidak menjaringkan gol saya akan lakukan yang terbaik.”





Tottenham akan melayan kunjungan Burnley esok sebelum mereka menamatkan kempen seminggu kemudian di Norwich. – AGENSI

Son menyerlah benam West Ham

 

Son beri khabar gembira kepada Salah


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :






Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri





 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker