Ten Hag perlukan masa ubah nasib United – Ronaldo

Ten Hag perlukan masa ubah nasib United - Ronaldo
Ronaldo (kiri) teruja bekerjasama dengan Ten Hag di United musim depan.

Ten Hag perlukan masa ubah nasib United – Ronaldo

LONDON: Cristiano Ronaldo memberi amaran bahawa Erik ten Hag perlu diberikan masa untuk menukar nasib Manchester United.

Ten Hag, yang menamatkan tempoh bersama Ajax dengan menang gelaran Eredivise hujung minggu lalu, akan mengambil alih United musim panas ini dan dia dijangka berdepan tugas mencabar untuk mengubah nasib kelab itu.

United, yang berkedudukan keenam Liga Perdana Inggeris, bergelut musim ini dan bintang utama, Ronaldo berkata ketika skuad United teruja bekerjasama dengan Ten Hag, kesabaran diperlukan pengurus dari Belanda itu dalam usaha membina kembali pasukan.

Ronaldo memberitahu laman sesawang United: “Apa yang saya tahu mengenainya ialah dia melakukan tugas yang bagus bersama Ajax, dia adalah jurulatih berpengalaman. Tapi kami perlu berikan dia masa.





“Perkara perlu berubah mengikut cara yang dia mahukan.

“Kami harap akan meraih kejayaan, itu sudah tentu, kerana jika anda beroleh kejayaan, semua di Manchester juga akan meraih kejayaan. Saya harapkan yang terbaik daripadanya.”

Ronaldo, 37, berharap Ten Hag akan menamatkan penantian United untuk meraih trofi dan dia bersedia untuk beraksi pada musim kedua sejak kembali dari Juventus.

Tambahnya: “Kami gembira dan teruja, bukan hanya sebagai pemain, tetapi juga sebagai penyokong.

“Saya harapkan yang terbaik daripadanya dan percayalah, tahun depan, kami akan menang trofi.”





Komen Ronaldo mengenai kehadiran Ten Hag menggambarkan dia akan kekal di United walaupun mereka tidak akan terbabit dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Walaupun United kurang konsisten dalam kempen musim ini, Ronaldo masih berupaya menyumbang 24 gol, 18 daripadanya dalam EPL. – AGENSI

Tugas sukar menanti Ten Hag

 





Ten Hag perlukan masa ubah nasib United – Ronaldo

 


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.





Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Raja Fitnah Memfitnah Parti Sendiri

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker