3 maut, 25,000 orang terjejas banjir di Assam, India

3 maut, 25,000 orang terjejas banjir di Assam, India
Banjir melanda enam daerah, meragut tiga nyawa dan menjejaskan sekitar 25,000 orang di kawasan terbabit. – Foto AGENSI

3 maut, 25,000 orang terjejas banjir di Assam, India

NEW DELHI: Hujan berterusan sehingga mengundang banjir kilat di Assam dekat timur laut India, menenggelamkan kawasan rendah dan jalan raya di negeri, kata seorang pegawai hari ini.

Banjir melanda enam daerah, meragut tiga nyawa dan menjejaskan sekitar 25,000 orang di kawasan terbabit.

Menurut pegawai, hujan lebat menenggelamkan sebahagian jalan dekat kawasan Haflong di daerah Dima Hasao, manakala jalan di bawah Jabatan Kerja Raya yang menghubungkan Hojai dan Karbi Anglong Barat ditenggelami banjir di daerah Hojai semalam.

Memetik laporan, beberapa jalan, jambatan dan saluran pengairan di daerah Lakhimpur dan Nagaon turut rosak.





Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri Assam (ASDMA), tiga orang termasuk seorang wanita maut dalam satu kejadian tanah runtuh dekat kawasan Haflong di daerah Dima Hasao.

“Sebanyak 94 penduduk kampung di enam daerah terkesan akibat banjir.

“Banjir menjejaskan 24,681 orang dan merosakkan kawasan pertanian seluas 1,732.72 hektar,” kata ASDMA.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengerahkan tentera, pasukan separa tentera serta pasukan tindak balas bencana termasuk perkhidmatan kebakaran dan kecemasan di kawasan terjejas banjir untuk menjalankan operasi bantuan dan penyelamatan.

Banjir dianggap bencana tahunan di Assam semasa musim tengkujuh. – AGENSI





Shah Alam dilanda banjir kilat

3 maut, 25,000 orang terjejas banjir di Assam, India


​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.





KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker