Debat Perdana Dedahkan Beza Antara Najibnomics Dengan Anwarnomics

Debat Perdana Dedahkan Beza Antara Najibnomics Dengan Anwarnomics

Debat Perdana Dedahkan Beza Antara Najibnomics Dengan Anwarnomics

Perkara yang paling menarik perhatian kami di Edisi Siasat mengenai Debat Perdana antara DS Najib dan Anwar Ibrahim ialah mengenai pandangan dan dasar ekonomi kedua-dua tokoh politik tersebut.

Dari sudut pengalaman mengendalikan ekonomi negara, kedua-dua mereka mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan yang seimbang dari sudut jeda waktu.

Anwar Ibrahim pernah menyandang jawatan Menteri Kewangan selama 7 tahun bermula dari 1991 hingga 1998.





Manakala DS Najib pula menyandang jawatan menteri kewangan selama 9 tahun bermula dari 2009 hingga 2018.

Kita akui, sepanjang menjadi Menteri Kewangan, Anwar beberapa kali membentangkan perbelanjaan berimbang dan DS Najib pula membentangkan perbelanjaan defisit yang semakin menguncup dari tahun ke tahun.

Tetapi di sebalik perbelanjaan berimbang Anwar dan perbelanjaan defisit DS Najib, yang mana satukah yang banyak memberikan munafaat kepada rakyat dan negara.

Di sebalik perbelanjaan berimbang Anwar, dasar beliau adalah untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana.

Kita bersetuju dengan perbelanjaan berhemah Anwar, tetapi jangan lupa, apabila negara tidak memperuntukkan dana yang besar untuk menaik taraf kemudahan infra struktur, maka kek ekonomi negara tidak akan membesar.





Dari satu sudut yang lain, jumlah penduduk Malaysia semakin meningkat dari tahun  ke tahun.

Kek ekonomi yang tidak dibesarkan akan dikongsi oleh lebih ramai rakyat Malaysia dan ini akan mengakibatkan setiap orang akan mendapat bahagian yang lebih kecil dari sebelumnya.

Malah tidak dapat dinafikan, akan ada pihak yang tidak akan mendapat merasai langsung kek ekonomi negara.

Harga barang keperluan akan ditekan dengan kos pengangkutan akibat dari kemudahan infrastrutur yang tidak dibangunkan.

Malah pelabur asing juga mungkin tidak akan ghairah untuk datang melabur memandangkan kemudahan prasarana yang disediakan oleh negara lain jauh lebih bain dan canggih.





Manakala dasar ekonomi DS Najib pula lebih bersedia untuk membangunkan infrastruktur negara supaya setaraf dengan negara maju.

Walau pun ianya melibatkan banyak projek mega yang menelan belanja yang besar, namun negara akan lebih kompeten dalam menarik minat pelabur asing.

Justeru itu, ianya akan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada rakyat dan kemasukan pelbagai teknologi tinggi dalam pelbagai bidang.

Ianya juga dapat menjana pendapatan kerajaan dalam perlbagai cukai yang dikenakan kepada pelabur asing di dalam negara.

Ini akan menjadikan Malaysia bertukar dari sebuah negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi.





Ibarat sebuah keluarga yang mendapat pulangan RM1,000 sebulan dari perniagaan kecil-kecilan mereka.

Sebelum bilangan ahli keluarga tersebut bertambah, RM1,000 mungkin selesa untuk dibelanjakan oleh suami dan isteri sahaja.

Tetapi apabila bilangan ahli keluarga sudah bertambah, apakah RM1,000 masih selesa dibelanjakan oleh keluarga tersebut?

Apa yang perlu dilakukan ialah mengembangkan skala perniagaan mereka supaya pulangan RM1,000 itu dapat ditambah selari dengan pertambahan bilangan ahli keluarga.

Mungkin mereka terpaksa membuat pinjaman untuk mengembangkan perniagaan mereka tetapi dengan tadbir urus yang baik, pinjaman akan dapat dibayar balik dan kehidupan mereka juga akan bertambah selesa.





Sebab itulah DS Najib dunia nobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik Asia, tetapi Anwar dinobatkan sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh IMF aka Ah Long dunia!!!

 

Debat Perdana Dedahkan Beza Antara Najibnomics Dengan Anwarnomics

 

Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker