Mike tepati ramalan raih emas di Hanoi

Mike tepati ramalan raih emas di Hanoi
Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menepati sasaran kem bina badan negara apabila meraih pingat emas dalam kategori ‘athletics physique’. – Foto BERNAMA

Mike tepati ramalan raih emas di Hanoi

HANOI: Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah menepati sasaran kem bina badan negara apabila meraih pingat emas dalam kategori ‘athletics physique’ pada penampilan pertama di temasya Sukan SEA di sini, sebentar tadi.

Lebih menceriakan, kemenangan Syarul atau lebih mesra disapa Mike yang hadir di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi itu hadir selepas hampir sedekad sukan itu tidak dipertandingkan sejak Myanmar 2013.

Juara dunia athletics physique empat kali berturut-turut sejak 2016 itu jelas gembira dengan persembahannya hari ini meskipun dikesan positif COVID-19 sebaik tiba di sini.

Mike begitupun dibenarkan beraksi selepas didapati bebas COVID-19 sekali gus membuktikan kemampuannya di pentas Asia Tenggara dengan menewaskan atlet tuan rumah, Tien Nguyen Minh yang meraih perak dan Thailand, Pong Pala raih gangsa.





“Selepas itu, mereka kata positif dan dikuarantin dua hari. Pada malam hari pertama, pegawai ISN (Institut Sukan Negara) melakukan ujian dan ia negatif. Keesokan pagi, mereka (penganjur) kata positif dan kami cabar keputusan itu dan melakukan ujian PCR.

“Keputusan okey tetapi selepas itu, mereka tidak terima dan katakan tak ada bukti. Kami cabar dan buat ujian di depan mereka dan keputusan negatif namun dilihat cuba mengatakan ada garisan (positif)… seperti ini sabotaj namun keputusan selepas itu buat ujian lagi dan negatif.

“Malam hari kedua, saya dilepaskan (daripada kuarantin). Alhamdulillah, saya dapat mengatasinya dan dapat pingat emas. Saya berpuashati dan gembira. Saya hadiahkan emas ini kepada seluruh rakyat Malaysia dan Keluarga Malaysia.

“Saya tak pernah dapat pingat di Sukan SEA. Ini kali pertama saya menyertainya dan meraih emas.”

Mike tepati ramalan raih emas di Hanoi
Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah (tengah) memperagakan jisim otot dan simetri tubuh. – Foto BERNAMA

Kemenangan Mike lebih manis apabila menerima sokongan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker yang hadir di Pusat Latihan dan Pertandingan Sukan Hanoi.





“Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada beliau. Kita tahu dia terpaksa melalui beberap rintangan dan terima kasih kepada Datuk Paul Chua (Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizik Dunia) yang membela atlet kita secara profesional,” kata Lian Ker.

Pingat perak dimenangi atlet Vietnam, Tien Nguyen Minh manakala gangsa diraih Pong Pala dari Thailand.

Tyson hilang minat bertarung

Mike tepati ramalan raih emas di Hanoi






​Disyorkan Untuk Anda :

Lawati Laman :


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi : – MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Penderaaan rumahtangga : –  Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999.

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214. Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda.


Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker