Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya
Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya
Kalau ahli UMNO merasakan pindaan perlembagaan UMNO yang dipersetujui dalam EGM 2022 adalah petanda parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat, nanti dahulu.
Kenyataan Ismail Sabri selepas EGM 2022, menimbulkan 2 persoalan besar mengenai pembubaran parlimen.
Pertama, kelulusan pindaan perlembagaan itu perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan atau ROS.
Apakah Ismail Sabri akan membiarkan ROS bertindak secara bebas atau beliau akan biarkan keputusan ROS dipengaruhi oleh Menteri Dalam Negeri.
Sekiranya ROS diberikan ruang untuk bertindak mengikut perlembagaan, maka tiada masalah untuk ROS meluluskan pindaan tersebut.
Ini adalah kerana ROS cuma boleh mengambil tindakan sekiranya UMNO melanggari perlembagaan parti.
Tetapi selagi pindaan tersebut mematuhi perlembagaan, maka ROS akan memberikan kelulusan.
Yang mungkin akan menjadi tandatanya ialah berapa lama masa yang ROS akan ambil untuk meluluskan pindaan perlembagaan tersebut.
Yang kedua ialah, Ismail Sabri membuat kenyataan yang sangat jelas, pindaan tersebut tiada kaitan dengan penentuan tarikh PRU 15.
Menurut Ismail, pindaan perlembagaan parti dengan penentuan tarikh PRU 15 adalah 2 perkara yang berbeza.
Penangguhan pemilihan parti adalah urusan parti yang tidak akan mempengaruhi penetapan tarikh PRU 15.
Tarikh PRU 15 akan ditentukan oleh kabinet selepas ianya dibawa kepada kabinet.
Dan parti adalah berbeza dengan kerajaan.
Kita tidak tahu apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dari kenyataan Ismail Sabri.
Beliau sendiri menyokong usul untuk meminda perlembagaan UMNO dalam EGM 2022.
Beliau juga yang telah berjanji akan segera berbincang di kalangan ‘Top Five’ UMNO untuk bincangkan tarikh pembubaran parlimen sewaktu berucap dalam PAU 2021 lalu.
Cuma kita harap segala tindakan dan janji beliau ketika EGM 2022 dan PAU 2021 bukanlah sekadar tindakan populis.
Perlembagaan UMNO Sudah Di Pinda, Pembubaran Parlimen Tetap Menjadi Tandatanya
Disyorkan Untuk Anda :
- Konspirasi Najib Dan Anwar Untuk Dedahkan Kebobrokan Mahathir
- PH Sebenarnya Pertahankan Hakim Nazlan Atau Badan Kehakiman
- Keadilan Apa Yang Cuba Bar Council Perjuangkan
- Usaha Beri Tekanan Kepada ROS Supaya Halang EGM UMNO
- Bila Menggelabah, Pak Lebai Kembali Melatah
Lawati Laman :